Thursday, September 22, 2011
Friday, September 9, 2011
Jalan Raya Berlipat.
Anda pernah lihat jalan raya yang anda lalu tiba-tiba merekah dan berlipat. Jalan di Kota Mianyang, Sinchuan, China yang terletak di sebelah Barat Kota Miayang retak akibat kerana suhu tinggi. Jalan raya itu bukan sahaja retak malah melengkung seolah-olah terlipat setinggi 50 cm.
Thursday, September 8, 2011
Pilihan Hati: Si A atau Si B?
Assalamulaikum wbt.
Tajuk entri kali ini agak berlainan dari tajuk yang selalu aku post atau tulis. Tiba-tiba aku teringin nak tulis satu entri yang luar dari kotak pemikiran aku sendiri. Dari tajuk entri, aku pasti semua orang tahu ianya berkaitan dengan soal jodoh.
Membuat pilihan jodoh adalah satu perkara yang sukar kerana setiap orang yang kita ingin pilih mempunyai kelebihan serta kebaikan masing-masing. Kadang kala kelemahan yang terdapat pada pilihan hati kita, membuatkan kita berhati-hati serta bimbang dalam membuat pilihan.
Apa yang penting adalah usaha kita untuk mengetahui latar belakang insan yang kita ingin jadikan teman hidup. Kita bukan ingin mencari kesempurnaan tetapi untuk mencari bakal teman hidup memerlukan persediaan yang penting.Seeloknya kita berbincang dengan ibu bapa kita atau orang -orang yang mempunyai ilmu dalam hal-hal yang berkaitan dengan soal jodoh. Bukan kita meminta untuk orang lain membuat keputusan buat diri kita tetapi mendapatkan pandangan agar kita dapat memilih teman hidup dengan lebih teliti.
Setiap orang pasti akan terbit persoalan di hati masing-masing dikala kita ingin membuat pilihan. Lantas melahirkan satu perasaan dimana kita berasa takut dalam membuat keputusan untuk pernikahan. Bukankah kita telah diajar oleh Rasulullah s.a.w untuk melakukan solat istikharah jika mendapat kesulitan dalam membuat pilihan. Percayalah bahawasanya, Allah sentiasa bersama-sama dengan orang yang selalu melakukan kebaikan dan juga yang sentiasa ingin berubah kearah kebaikan.
Disaat waktu ini, kita berusahalah untuk mencari calon suami/isteri yang beriman. Suami/isteri yang baik tidak semestinya memiliki pasangan yang baik bahkan pasangan hidup kita boleh sahaja menjadi ujian dalam hidup kita. Oleh itu, telah menjadi tanggungjawab kita untuk saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain dan memberi tunjuk ajar dalam memimpin keluarga yang dibina ke jalan yang di redhai Allah.

Tuesday, September 6, 2011
Renungan - Nasihat
"Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada adalah DIAM. Bahasa yang paling manis adalah SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK."
Monday, September 5, 2011
10 Kereta Api Paling Laju
Kereta Api..Semua orang kenal pengangkutan awam ni dan digunapakai sejak
dari dulu lagi..Mungkin kerana tambang untuk naik kereta api ni murah dan tak ada
trafik jam kat tengah-tengah landasan. Nah!..aku nak kongsi 10 kereta api yang
laju kat dunia ni..
10)Russia
Kereta Api: Siemens Velaro RUS
Kelajuan: 175 mph
Kapasiti: 600 orang
Siemens Velaro merangkumi laluan dari Moscow ke St. Petersburg. Operasi kereta api
ini bermula pada Disember 2009. Kereta api buatan Jerman ni boleh mencapai
kelajuan maksimum sehingga 155 batu sejam tetapi telah memecahkan rekod
kelajuan maksimum sehingga 175 batu sejam pada satu ujian dalam tahun 2009.
9)Taiwan
Kereta Api: THSR 700T
Kelajuan: 186 mph
Kapasiti: 989 orang
Kereta api dari negara Taiwan ini telah menelan belanja sebanyak $ 1.8
billion dan merupakan projek pembiayaan sendiri terbesar didunia. Dengan kereta
api ini. perjalana dari northern capital of Taipei ke southern city of
Kaoshiung berjaya disingkatan dan perjalanan yang sebelum ini memakan masa 4
jam lebih menjadi 90 minit..
8)Korea Selatan.
Kereta Api: KTX-II
Kelajuan: 190 mph
Kapasiti: 965 orang
Kelajuan: 190 mph
Kapasiti: 965 orang
Di Korea Selatan kereta, KTX atau Korea Train Express boleh membawa lebih
100 ribu penumpang setiap hari ke destinasi yang dituju. Ianya telah
diperkenalkan pada tahun 2004 dan kereta api ini mampu menjimatkan masa
perjalanan dari Kota Seoul ke Bandar Perlabuhan Busan dalam masa 2 jam 45
minit, yakni separuh dari masa yang digunakan untuk sampai kedua - dua
destinasi ini.
7)United Kingdom.
Kereta Api: Eurostar 3313/14
Kelajuan: 208 mph
Kapasiti: 750 orang
Eurostar mula beroperasi pada tahun 1994 dan kereta api ini menghubungkan
England dengan bandar di France dan juga Belgium melalui terowong bawah tanah
yang dikenali sebagai Chunnel. Ianya menghubungkan seluruh Eropah dan telah
mencatatkan rekod kereta api paling laju di Britain dengan kelajuan 208 mph
pada tahun 2003
Subscribe to:
Posts (Atom)