skip to main |
skip to sidebar
Home »
Ar Rahnu
,
Aurum
,
Dinar Emas
,
Emas
,
Emas 916
,
Emas 999
,
Emas Dunia
,
Gold
,
Gold Bar
,
Harga Emas
,
Public Gold
»
Fakta Tentang Emas
1. Emas adalah wang, duit dan harta dari Zaman Manusia mula menemui emas.
zaman
Rasullullah saw, nilai seekor kambing adalah 1 dinar, zaman kerajaan
melayu melaka pun seekor kambing bersamaan 1 dinar, sekarang pun harga
kambing tetap 1 dinar. Tgk la betapa kebalnya Dinar emas terhadap
inflasi.
2. Emas adalah salah satu unsur kimia dengan simbol Au (Aurum)
3. Nombor atom untuk emas adalah 79
4. Emas telah
dijadikan sebagai syiling, barang kemas, hiasan sejak zaman dahulu kala
lagi apabila tamadun manusia mula pandai merekod
5. Emas diperolehi dari kerak bumi dalam bentuk butiran, urat batuan dan mendapan aluvial
6. Sifat fizikal emas adalah berkilat, lembut dan padat.
7. Emas adalah logam paling lembut di Muka Bumi
Terdapat sedikit
keraguan untuk fakta ini, hasil perbincangan dengan yang lebih arif
mengatakan logam yang paling lembut adalah CESIUM.
8. Emas adalah logam yang paling mudah ditempa di dunia
9. Emas berwarna kuning berkilau dan tidak teroksida walaupun didalam air (tidak berkarat)
Tidak hairanlah
kalau emas boleh disimpan sehingga beribu tahun Tanpa hilang atau susut
nilai. Tidak seperti logam lain yang tidak stabil dan mudah teroksida
(berkarat).
10. Emas digunakan sebagai logam untuk matawang dan ia adalah simbol kemewahan dan simpanan kekayaan individu.
11. Emas dikaitkan dengan semua ideologi, agama dan simbol samada Islam, hindu ataupun aties.
12. Dikatakan sebanyak 161,000 ton (161juta kilogram) emas telah digali dari muka bumi.
13.Emas
memainkan beberapa peranan penting dalam pembuatan komputer, alat
komunikasi, kapal angkasa, enjin pesawat jet, kapal terbang, dan hasil
pengeluaran yang lain.
14.Daya tahan
terhadap pengoksidaan membolehkan emas digunakan secara berleluasa dalam
pembuatan lapisan nipis elektroplat pada permukaan penyambung elektrik
untuk memastikan penyambungan yang baik.
15. Seperti perak, emas boleh membentuk amalgam keras bersama raksa, dan ini kadang kala digunakan sebagai bahan pengisi gigi.
16. Emas adalah unsur paling pasif, stabil dan sangat kurang bertindak balas dengan unsur lain
17. Emas
satu-satunya unsur yang tidak larut didalam Asid Nitric. Logam-logam
lain seperti Silver (Si) dan logam lain bertindak balas dengan Asid
Nitrik.
18. Asid Nitrik adalah larutan utama digunakan untuk menentukan ketulenan emas.
19. Pada tahun
2008, China telah memintas Afrika Selatan sebagai pengeluar terbesar
emas didunia. Ini kali pertama berlaku sejak Afrika Selatan mula
mengeluarkan emas pada tahun 1905.
20. Dalam sejarah manusia, 161,000 ton emas yang telah digali dapat mengisi hanya dapat mengisi 2 kolam saiz olimpik.
21. Satu gram
emas boleh ditempa menjadi satu kerajang bersaiz satu meter panjang dan
satu meter lebar atau 1 auns kepada 300 kaki² (3300meter persegi) ~(57m x
57m)
22. Emas tulen boleh ditempa sehalus mungkin sehingga menjadi hampir transparent
23. Emas boleh dijadikan aloi bersama logam-logam yang lain
24. Aloi yang
dihasilkan dari emas boleh mengubah kekerasan, kekuatan, sifat
kelogamman (metallugical), suhu lebur dan perubahan kaler sesuatu
kualiti emas.
25. Emas digunakan didalam industri moden sebagai konduktor haba dan elektrik.
26. Memandangkan emas merupakan pemantul pancaran inframerah dan cahaya tampak yang baik, logam ini digunakan sebagai lapisan
pelindung pada satelit buatan manusia.
27. Emas tidak bertindakbalas dengan udara, kelembapan dan agen hakisan yang kuat.
28. Ion emas sentiasa mengalami proses penurunan dan mendapan yang terhasil adalah logam emas padu.
29. Emas tulen 24karat tidak mempunyai rasa dan bau.
30. Emas sangat tumpat, 1 meter padu emas adalah seberat 19,300kg.
31. Warna emas tulen adalah kuning metalic
32. Hanya Emas, Cesium dan tembaga adalah unsur logam yang tidak berwarna putih ataupun kelabu.
33. Emas
mempunyai tindak balas berlainan bergantung kepada kesan relativistic
yang berlaku pada satu atom pada orbital atomnya (79 – 2.8.18.18.32.1)
(bayangkan satu tahi bintang yang mengelilingi bumi setiap masa)
34. Aloi emas berwarna merah rose boleh dihasilkan dengan campuran beberapa komposisi copper (tembaga) dan Silver (perak)
35. Emas hanya mempunyai 1 bentuk isotop sahaja dalam bentuk semulajadinya dan 18 radioisotop lain. Radioisotop Au-195 adalah
paling stabil dengan separuh hayat 186 hari.
36.Emas
digunakan secara meluas di seluruh dunia sebagai tambatan matawang.
Amaun emas yang disimpan bank negara sama jumlah dengan nilai wang
kertas yang dicetak untuk digunakan dalam urusan seharian.
37. Jumlah emas didalam dunia adalah terhad dan pada hari ini, pengeluaran emas semakin berkurang.
38. Pada kurun ke-20, simpanan emas dunia dan pasaran urusniaganya semakin kecil dan kadar nilaiannya adalah tetap.
39. Ketika
bermulanya perang dunia pertama, negara-negara yang terlibat dalam
perang kembali menggunakan emas untuk membiayai kempen peperangan
masing-masing.
40. selepas perang dunia kedua, emas digantikan dengan tukaran matawang kertas mengikut kaedah Bretton Woods.
41. Nilai
standard emas dan nilai tukaran terus kepada nilai matawang telah
dihentikan dan kini ia digantikan dengan nilai tukaran tetap.
42. Switzerland
adalah negara terakhir yang menambat matawang mereka (sebanyak 40%) pada
nilai emas selepas menganggotai Tabung Kewangan Dunia (IMF) pada tahun
1999
43 Walaupun emas
adalah logam lengai, namun ia boleh menghasilkan pelbagai
sebatian.Aurik klorida (AuCl3) dan asid kloraurik (HAuCl4) adalah
sebatian emas yang paling umum. Badan manusia tidak dapat mennyerap
sebatian emas yang kebiasaannya tidak begitu toksik. Namun dilaporkan
lebih 50% pesakit artritis yang dirawat dengan drug yang mengandungi
emas mengalami kerosakan hati dan ginjal.
44. Emas tulen
adalah sangat lembut untuk digunakan seharian dan biasanya ia dialoikan
dengan logam lain untuk menjadikan ia lebih keras.
45. Kandungan emas didalam aloi diukur menggunkan unit Karat (k)
46. Emas tulen diukur sebagai 24karat(k)
47. Syiling emas yang dikeluarkan sejak tahun 1526 sehingga 1930 adalah dalam bentuk emas 22karat (916).
48. Emas untuk
pelaburan tidak memerlukan sifat mekanikal seperti keras, kuat untuk
dipakai jadi ianya biasa dibentuk kepada emas 24karat.
49. Syiling emas
yang dikeluarkan oleh negara tertentu seperti American Gold Eagle,
Britisj Gold Sovereign dan South Africa Krugerran adalah dalam bentuk
22karat.
50. Emas paling tulen didunia dikeluarkan oleh Canada dalam bentuk Canadian Gold Maple Leaf dengan ketulenan 99.999% emas.
51. Takat lebur bagi emas ialah 1337.33 K (1064.18 °C, 1947.52 °F) dan takat didihnya 3129 K (2856 °C, 5173 °F)
52.Isotop emas Au-198, (Separuh hayat: 2.7 hari) digunakan dalam rawatan barah dan rawatan lain-lain penyakit.
53.Emas koloid
(nanopartikel emas) ialah larutan berwarna berkeamatan tinggi yang kini
sedang dikaji di dalam makmal-makmal untuk kegunaan perubatan dan
biologi (kaji hayat). Ia juga merupakan bentuk yang sering digunakan
dalam pengecatan emas pada seramik sebelum seramik dibakar.
54.Emas digunakan sebagai bahan penyalutan untuk membolehkan bahan biologi diperhatikan di bawah mikroskop elektron imbasan.
55. Warna yang
terdapat pada emas adalah disebabkan oleh frekuensi plasmon emas yang
terletak pada julat penglihatan, mengakibatkan warna merah dan kuning
dipantulkan sementara warna biru diserap. Hanya koloid perak mempunyai
interaksi yang sama terhadap cahaya, tetapi dalam frekuensi yang lebih
pendek, sehingga menyebabkan warna koloid perak menjadi kuning.
56.Emas
merupakan pengalir haba dan elektrik yang baik, dan tidak dipengaruhi
oleh udara dan kebanyakan reagen. Secara kimianya, logam emas tidak
boleh diubah oleh haba, kelembapan, dan kebanyakan agen menghakis dan
oleh itu ia amat sesuai digunakan sebagai duit syiling dan barangan
kemas.
57.Emas
diasingkan daripada bijihnya menggunakan sianida, amalgam, dan
peleburan. Penulenan logam biasanya dijalankan menggunakan elektrolisis.
58.Emas terdapat
di dalam air laut pada kepekatan 0.1 to 2 mg/ton bergantung kepada
kedudukan sampel. Walau bagaimanapun, sehingga kini iaitu tahun 2006
tidak terdapatnya apa-apa cara yang boleh memberi hasil keuntungan
sekiranya emas diperolehi daripada air laut.
59.Tamadun Melayu Srivijaya & Majapahit menggunakan emas sebagai matawang untuk perdagangan maritim.
60.Nabi Sulaiman dan empayar agungnya menghiasi istana & kerajaannya dengan emas.
1 comments:
emas memang mengiurkan,racun dunia...
Post a Comment