Friday, August 21, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al - Mubarak




Tuesday, August 18, 2009

Fadhilat Solat Terawih


Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunar terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 - keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 - diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman)

Malam 3 - berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 - memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)

Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20 - Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).

Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)

Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’.

Monday, July 27, 2009

Kesalahan Kerap Wanita Berkenaan Aurat


KESALAHAN PERTAMA
: Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.

KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt’ berlengan pendek.

KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda’.

KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.

sumber dari:
I Luv Islam

Sunday, May 31, 2009

Ujian Itu Rahsia Allah S.W.T.



Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

::artikel dipetik dari::
http://www.iluvislam.com

Saturday, April 4, 2009

April Fool: Menghina Islam dan Martabat Insan


Bagi mereka yang meniru budaya ini, mereka merasakan bahawa seri persekitaran hidup mereka akan hilang apabila peristiwa April Fool ini tidak diraikan.

Apa yang dibimbangi ialah pemikiran seperti ini terus berleluasa hingga satu masa nanti, ada yang mengatakan ia tidak bertentangan dengan Islam.

Disedari atau tidak, golongan muda menerimanya dengan membuta tuli tanpa usul periksa adakah ia bertentangan dengan batas syarak atau sebaliknya.

Sejarah


Menurut sejarah, April Fool mula diraikan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam yang bertapak berkurun lamanya di Granada, Sepanyol yang ditawan oleh tentera Kristian.

Akibatnya, penduduk Islam terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera Kristian ternyata tidak berpuashati dan cuba menghapuskan orang Islam dari bumi Sepanyol.

Oleh itu, mereka membuat satu helah dengan memberitahu penduduk Islam bahawa mereka boleh keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan.

Di kalangan umat Islam, ada yang mempercayai dan sebahagian lagi sangsi dengan pemberitahuan itu. Mereka yang mempercayainya telah meninjau di pelabuhan dan berpuashati lalu memutuskan untuk bertolak pada keesokannya hari(1 April). Mereka keluar membawa kesemua barangan dan menuju ke pelabuhan. Pada ketika itulah, puak Kristian mengambil kesempatan untuk menyerang penduduk Islam berkenaan. Mereka tidak sempat menaiki kapal kerana semuanya telah dibakar. Manakala orang Islam yang berada di sekitar telah dibunuh tanpa mengira lelaki,perempuan atau kanak-kanak.

Peristiwa berdarah itu kemudian diraikan oleh tentera Kristian yang kemudiannya menjadi acara tahunan. Apa yang menyedihkan, orang-orang Islam merayakannya tanpa menyedari bahawa mereka sebenarnya meraikan ulangtahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Masyarakat Kini

Masyarakat hari ini sebenarnya tidak mengetahui dengan jelas asal usul April Fool. Selain boleh merosakkan akidah, budaya ini sebenarnya meniru gaya hidup kebaratan yang bertopengkan humor, gurauan dan komedi. Bagi mereka, 1 April merupakan hari kejutan dengan berbagai perkara pelik, humor dan memalukan. Namun apa yang dilihat hari ini ia banyak membawa unsur memalukan orang lain. Ia bukan sahaja memperbodohkan si pelaku tetapi juga yang menerima akibat bersesuaian dengan nama Fool itu sendiri yang bermaksud bodoh atau tolol.

Jelas ia cuba menjatuh air muka dan martabat seseorang. Bagi yang bersikap selamba mungkin boleh menerima gurauan tersebut, tetapi bagi tidak dapat menerima pasti akan menyimpan perasaan negatif dalam diri hingga akhirnya menjadi seorang yang pendendam hingga sanggup menjadi pembunuh. Ini merupakan sesuatu yang tidak diterima oleh landasan syarak.

Kita tidak wajar berkiblatkan budaya barat apatah lagi mengagungkannya kerana Islam agama yang tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi darinya. Islam mempunyia adab dalam bergurau senda tanpa menganiyai orang lain.

Selain menghormati orang lain, kita juga diwajibkan menutup keaiban orang lain.

Bagi yang kurang memahami sejarah, mereka tidak merasakan apa-apa tentang budaya April Fool. Sesungguhnya ia merupakan satu penghinaan halus ke atas umat Islam . Akhirnya, marilah sama-sama kita renungi sebuah hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:

"Kamu pasti akan mengikuti jejak-jejak orang-orang sebelum kamu, sejengka demi sejengkal, sehasta demi sehasta hingga mereka masuk ke dalam lubang biawak sekalipun , pasti kamu tetap mengikuti mereka. Kami bertanya : Wahai Rasulullah SAW, Yahudi dan Nasrani? Baginda menjawab;:Lalu siapa lagi(kalau bukan mereka)"
~Hadis riwayat Bukhari dan Muslim~


::artikel di petik dari::
I Luv Islam.Com

Sunday, March 1, 2009

Solat dan Penemuan Sains..

Assalamualaikum wbt

setiap hari kita diwajibkn untuk melakukn solat 5 waktu..
meninggalkn solat adalah berdosa...
Dalam surah Al - Mukminun ayat 1-2 dan 9, Allah SWT manjelaskan, "Sesungguhnya telah berjayalah orang-orang yang beriman. (iaitu) mereka yang khusyuk dalam solat mereka....Dan mereka yang memelihara solat mereka"...

Ayat-ayat ini menjelaskan bahawa untuk berjaya umat Islam tidak boleh mengabaikan solat sama sekali terutamanya solat-solat fardhu. Solat merupakan satu ibadah yang amat penting sehinggakan ketika sedang berperang sekalipun ia tidak boleh ditinggalkan. Solat juga merupakan tiang agama.

Nabi pernah bersabda "Solat itu tiang agama,sesiapa yang meninggalkannya ibarat dia meruntuhkan agama" Solat dan Penemuan Sains Kajian-kajian sains menunjukkan meditasi mendatangkan banyak kebaikan kepada manusia. Mereka yang bermeditasi menggunakan oksigen 17% lebih rendah daripada biasa. Di samping itu, jantung mereka berdenyut dengan kadar yang lebih rendah daripada biasa dan gelombang theta dalam otak meningkat dengan jelasnya. Gelombang theta ialah gelombang otak yang wujud apabila seseorang berada di saat yang amat menenangkan terutamanya ketika hampir terlena. Meditasi mampu meredakan stress dan menjadikan seseorang lebih tenang dan ceria. Tambahan pula, mereka yang bermeditasi didapati lebih bertenaga dan kurang mengalami sakit jantung serta masalah pada sistem penghadaman.

Solat yang dilakukan secara khusyuk boleh diibaratkan sebagai meditasi yang melebihi meditasi biasa. Maksudnya, dalam solat yang dilakukan secara khusyuk, memang terdapat unsur-unsur meditasi, tetapi ia berbeza dengan meditasi yang biasa kerana solat yang dilakukan oleh umat Islam ialah satu ibadah. Kalimah-kalimah dalam solat adalah pilihan Allah SWT dan Rasul, bukannya pilihan manusia biasa, dan ketenangan yang diperolehi adalah ketenangan kurniaan Allah SWT. Lebih daripada itu, mereka yang bersolat akan mendapat rahmat daripada Allah SWT.

Solat dan Yoga,ada orang yang mengatakan solat ialah yoga. Sebenarnya solat bukanlah senaman ataupun yoga. Bagi orang Islam, solat lebih agung daripada sebarang senaman termasuk yoga. Solat ialah zikir yang paling mulia. Berhubung dengan yoga, yoga mempunyai kedudukan serta gerak badan tertentu yang dikenali sebagai asanas. Ketika mengamalkan yoga, seseorang akan duduk pada kedudukan tertentu dengan melafazkan kalimat-kalimatmantra yang tertentu di samping bernafas secara teratur. Salah satu kedudukan yoga atau asanas yang terpenting ialah Sirshasana (headstand). Ia dikenali juga sebagai King of Yoga.

Di kedudukan ini, seorang pengamal yoga akan meletakkan kepalanya ke bumi dan diperingkat kemuncaknya akan meluruskan badan agar kakinya berada di atas. Sayangnya kedudukan sebegini tidak dapat dilakukan oleh semua orang. Jika dilihat secara menyeluruh, memang terdapat beberapa unsur yoga di dalam solat. Solat merupakan ibadah yang merangkumi "jasad, roh dan akal". Ia mempunyai kedudukan serta gerak hati yang sentiasa ikhlas kepada Allah dan ini dikaitkan dengan rukun qalbi. Ia juga mempunyai kalimat-kalimat tertentu yang perlu dilafazkan dan ini dikaitkan dengan rukun qauli serta zikir.

Salah satu kedudukan yang terpenting dalam solat ialah sujud. Di kedudukan ini seseorang akan meletakkan kepalanya di bumi dan di kedudukan ini, darah dari jantungnya akan turun ke otak dengan mudah sekali. Berbeza denagn sirshasana, sujud dapat dilakukan oleh hampir semua orang. Namun solat ialah lebih daripada yoga kerana ia ialah ibadah yang berdasarkan wahyu. Ia adalah aktiviti penyembahan kepada Yang Maha Pencipta yang memerlukan disiplin kerana ia terikat dengan waktu. Seseorang yang hendak bersolat mestilah menyucikan jiwanya terlebih dahulu. Tekanan jiwa atau stress sering melanda manusia dan solat mempunyai penawar yang mampu meredakannya. Hal ini disebabkan solat mengandungi zikir dan zikir jika diamalkan dengan khusyuk mampu mendamaikan hati.

sumber dari:
I Luv Islam.Com
Pink Solehah
Editor: n13@m

Monday, February 23, 2009

Empayar Iblis Raya

Assalamualaikum....
Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yg direjam...
seperti kte thu bahawa iblis sentiasa cube menggoda kt..
utk melakukn maksiat dan meninggalkn perintah Allah s.w.t..
Iblis Azazil penah bersumpah akan terus menghasut keturunan Nabi Adam sehingga hari kiamat...
Lalu Iblis Azazil meminta kepada Allah s.w.t agar nyawanya di pnjg kn sehingga hari kiamat...
Allah terlalu murka terhadap Iblis Azazil lalu melaknatnya terus menerus sehingga hari kiamat..

Dia (Iblis) berkata(Al-Israk:62):

“Terangkan kepadaku inikah orang yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, nescaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil.” Permintaannya diperkenankan. Allah s.w.t. murka kepada syaitan laknatullah di atas sifatnya yang sombong, degil dan dengki.

Firman Allah: “Pergilah, siapa di antara mereka yang mengikuti kamu maka sesungguhnya neraka jahanam adalah balasanmu semua, sebagai suatu pembalasan yang cukup.” Lalu Iblis Azazil dihalau dari syurga.

Allah berfirman (Shaad:77-78):

“Kalau demikian, keluarlah engkau dari syurga, kerana sesungguhnya engkau adalah makhluk yang direjam. Dan sesungguhnya engkau ditimpa laknat-Ku terus menerus hingga ke hari kiamat.


Iblis mempunyai empayarnya sendiri sebagai pusat pentadbiran mereke bg menghasut anak adam....
empayar ini diketuai oleh iblis laknatullah...dan dibantu oleh pembntu2 nya iaitu syaitan...
iblis memberi arahan kepada syaitan utk melaksanakn tugas terkutuk dan menerima laporan dari syaitan laknatullah...
iblis mempunyai menteri kanan yg b'khdmat utk si iblis laknatullah...

Lima menteri kanan itu terdiri daripada anak-anaknya sendiri. Mari kita mengenali menteri-menteri ini:

1. Dasim

Malaun ini dikatakan anak emas Iblis laknatullah. Kenapa? Dasim serta seluruh rakyat kerajaannya berperanan memutuskan ikatan perkahwinan. Iblis sangat benci, berang dan dengki setiap kali ijab kabul dilafazkan. Si laknat ini tidak mengenal erti putus asa dalam menimbulkan rasa benci dan marah antara suami isteri. Apabila lafaz talak dijatuhkan, maka itulah kemuncak kegemilangan bagi kerajaan Dasim yang terkutuk.

2. Al-A’war

Membentuk dan memudahkan laluan zina dan keruntuhan moral ialah tugas kementerian si durjana ini. Gembiralah Iblis apabila zina berleluasa dan lahir anak-anak luar nikah, kerana itu petanda keturunan Adam pincang.

3. Maswath

Anak Iblis yang satunya ini merupakan pakar jurusan menipu. Dia dan pengikutnya sentiasa membisikkan fitnah, khabar angin dan penipuan sehingga tersebar luas dalam kelompok manusia. Permusuhan dan sangka buruk sesama manusia merupakan matlamat hidupnya.

4. Zalnabur

Si terkutuk ini pula dan kakitangannya berkeliaran menghasut manusia hingga tercetusnya caci-maki, pertengkaran dan pembunuhan. Pusat operasinya adalah di tempat-tempat tumpuan orang ramai, seperti di pasar atau shopping mall.

5. Tsaba

Geng syaitan ini memburu orang yang ditimpa musibah atau masalah. Mangsa banjir, mangsa tanah runtuh, mangsa rogol mahupun mereka yang kematian orang tersayang termasuk dalam senarai ‘most wanted’ Tsaba. Mempraktikkan strategi yang menimbulkan buruk sangka terhadap Allah, manusia yang terpedaya akan mengeluh atas takdir diri dan menyalahkan Allah s.w.t. atas semua yang terjadi.

Tidak ada yang terlepas dari gangguan syaitan kecuali mereka yang dilindungi Allah s.w.t. Sebenarnya sejak dilahirkan, setiap bayi ditemani seekor syaitan bernama ‘qarin’ (syaitan ini umpama ‘baby sitter’ berbanding syaitan-syaitan lain yang mempunyai tugas tersendiri). Hanya selepas nyawa terpisah dari badan, tugas ‘qarin’ dikira selesai..

Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tangisan bayi ketika kelahirannya (adalah akibat perbuatan jahat) dari syaitan.” (Riwayat Muslim dari Abu Hurairah r.a.)

“Setiap anak Adam pasti akan ditusuk di bahagian tepi (badannya) dengan jari-jarinya (Iblis) ketika dilahirkan, melainkan Isa bin Maryam sahaja. Iblis telah cuba melakukan tusukan tetapi tusukannya telah terhalang”. (Riwayat Al-Bukhari daripada Abu Hurairah r.a.)

sumber dari: I luv islam.com

Thursday, February 5, 2009

Rahsia Jari Kita

Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda.Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.

Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!!
Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari.Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.Mereka makan 'garam' terlebih dahulu dari kita. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas dan hayun ke hadapan.Itulah rahsia kejayaan anda.

Akhirul kalam, cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima. Renung dan fikir dalam-dalam. Dimanakah kita sekarang..?

Saturday, January 24, 2009

Takkan Islam Hilang di Dunia

Assalamualaikum wbt..

dah lme ak x blogging..
i'm quiet bz with my life right now..
so memandangkn ak dah lme x blogging...
ak nak share this story..
enjoy your reading...


ISLAM? Apa sebenarnya Islam? Aku tidak pernah tahu. Sepanjang aku sudah tahu membaca, tidak pernah aku terbaca perkataan itu. Apa itu Islam? Ketika jiwa aku terasa kosong, aku teringat kata arwah datuk, “Kita ni orang Islam, Daniel. Kalau kamu terasa kosong, bacalah Quran, banyakkan sembahyang dan zikir malam. Islam itu agama dari langit. Nabinya Muhammad, Quran kitabnya dan ALLAH itu tuhan yang berhak disembah. Sembahyang itu maknanya; sembah Yang Maha Esa,”. Itu kata datuk.

Muhammad itu siapa? Quran itu apa? ALLAH? Tuhan itu apa? Untuk siapa? “Jangan dicari Islam,”. Bill menegahku ketika aku bercerita tentang Islam. Islam itu tidak lain hanyalah hijab yang membataskan minda. “Tetapi, dari apa yang aku baca, Melayu adalah Islam. Jadi aku adalah Islam,”. Bill mendengus. Segalanya kedengaran Islam dan Melayu hanya akan membuntukan minda kita. Sebab itulah orang Melayu pada abad ke-21 tidak maju. Pemikiran mereka disempitkan dengan fahaman dan idealisme Islam dan Melayu, Bill menambah.

“Islam dan Melayu tidak akan maju?”.

Bip. Satu mesej diterima.

Malam ini konsert sempena tahun baru. Konsert besar-besaran. “Hiburan lagi,”. Meggeleng-gelengkan kepala. Aku teringat, hiburan seperti ini dahulu pernah dibantah oleh rakyat. Kerana ini semua duniawi kata mereka. Santapan rohani yang merosakkan minda dan melalaikan iman. Iman? Apa iman? Aku tidak tahu. Tetapi sekarang, semuanya berlumba-lumba menganjurkan pesta yang segala macam.

“Hiburan itu hanya santapan untuk mereka yang mengejar dunia. Mereka yang tidak percaya hidup yang sebenarnya. Mereka yang jiwanya kosong,” pesan datuk kepadaku dahulu. Tetapi, sekarang, jiwa aku kosong. Hiburan ini tidak pernah dapat memenuhi jiwa aku. “Bukalah Quran, sebutlah nama ALLAH, dekati agamaNYA. Dekati ISLAM. Itulah santapan jiwa sebenarnya,”.

Aku tidak tahu apa itu agama. Tidak tahu Quran, tidak kenal Islam. ALLAH lagi tidak pernah aku dengar namanya. Jiwaku tandus, gersang dan perlu dibasahi. Tetapi aku tidak tahu dengan apa hendak dibasahkan. Dengan apa? Haruskah dibasahi dengan arak yang pelbagai macam atau keringat ketika berpesta sakan? Menatap segala macam kemajuan? Dengan agama? Tetapi aku tidak pernah mengenal agama.

Mengeluh. Menoleh keluar jendela.

Banggunan pencakar langit memenuhi segenap isi mayapada. Diantaranya, Menara Berkembar Petronas tersergam layu. Diteliti banggunan itu. “Dulu, KLCC tu pernah jadi kebanggaan kita. Bukti kejayaan kita dalam bidang kejuruteraan moden,”. Itu kata-kata datuk. Tetapi sekarang banggunan itu tidak sampai separuh pun dari banggunan lain sekarang. “Kita sudah maju Daniel. Kita dapat berdiri sama tinggi, duduk pun sudah sama rendah dengan negara Barat. Semua ini kerana kita,”. Bill menepuk dadanya.

“Bukan kerana Islam. Islam tidak dapat memajukan kita. Tidak dapat mendirikan banggunan kita. Tidak dapat menerbangkan pesawat laju kita. Islam ialah hijab yang harus kita buka. Pekung yang perlu kita tinggalkan,”.

Kemajuan, kemajuan dan kemajuan, tetapi untuk apa? Pesawat laju berterbangan memenuhi ruang angkasa Kuala Lumpur tidak pernah mententeramkan aku. Banggunan tinggi-tinggi mencakar langit Malyasia tidak pernah memenuhi jiwa aku. Kemajuan ini untuk apa? Untuk siapa? Selepas dicapai semua, selepas itu apa? Sampai bila baru kita akan puas? Sampai kiamat? “Kiamat?”. Aku membuka laman web yang lain.

Bip.

Terpapar satu window mengenai kiamat. “Kiamat, hari pengakhiran dunia dan seluruh isinya. Manusia dan semuanya akan dimatikan. Dibangkitkan dari kematian menuju mahsyar. Tidak akan dibawa mereka untuk dihisab selain amalan semasa hidup”. “Apa salahnya berhibur jika itu menyenangkan kita? Kenapa perlu bersusah beribadat siang malam? Kenapa perlu berlapar sampai sebulan? Kenapa? Datuk sekarang diuji dengan penyakit yang entah dari mana datangnya. Kalau agama itu benar, kenapa hendak menyusahkan kita?”. Aku bertanya ketika melawat datuk.

Aku masih berhingus waktu datuk sakit dahulu. “Dalam Islam, apa yang dikejar oleh umat-Nya ialah syurga. Syurga dan neraka itu tempat yang akan kita abadi tinggal di dalamnya,”. “Jadi?”. “Jadi apa?”. “Kenapa perlu menyeksa diri”. “Bukan menyeksa diri,cu. Bukan. Ini ujian kita. Untuk menguji iman kita. Syurga itu dindingnya dibina dari segala kepayahan. Neraka pula,dindingnya dari segala macam kesenangan dunia,”.

“Bila kita akan pergi ke sana?”
“Ke mana?”
“Syurga?”
“Kita semua tidak pasti di mana kita akan berada. Entah syurga, entah neraka. Tetapi apa yang pasti,kita akan pergi ke sana setelah datang kiamat. Kemudian kita akan dihisab. Yang baik, yang buruk, semuanya ditimbang. Selepas itu barulah kita akan ke syurga atau ke neraka,”.

Syurga? Neraka? Ah entah di hujung dunia yang mana kedua-dua tempat itu? “Bill, aku ingin mencari Islam,”. “Jika Islam yang kau cari, kau tidak akan jumpa di sini. Islam itu hanya di muzium, di arkib negara. Di sini, apa yang kau akan jumpa ialah kemajuan. Kalau ada pun cuma imam, bilal dan siak masjid yang hidup segan mati tak mahu. Sekarang apa yang kita mahu ialah sains dan teknologi”.

“Tapi kau pun sama seperti aku, Melayu. Datuk nenek kita juga Melayu. Melayu itu Islam. Jadi kau pun Islam, Bill,”. “Heh! Melayu? Islam?”. Bill ketawa. “Aku hendak guna nama Melayu pun aku tak mahu. Kau hendak cakap aku Melayu?”.

Ketawa. Lebih galak dari tadi. Ketawanya menyindir. “Kenapa kau beriya-iya hendak mencari Islam?”. Ketawanya reda sedikit. “Jiwa aku kosong,”. “Kosong? Pergilah berhibur. Kebetulan malam ini ada keramaian. Kau boleh dapat perempuan, arak dan segala macam pil yang buat kau rasa macam di syurga,”. “Syurga? Begitu mudah kau dapat rasa syurga?”. Bill senyum dan mengangguk kepala.

Tidak seperti kata datuknya. Hendak masuk syurga, perlu diuji dengan ujian yang menyeksakan. Terlentang sakit yang entah apa sebabnya, entah apa ubatnya. Syurga Bill, begitu mudah diperoleh. Jalan lain ke syurga katanya sejak dari dahulu. “Iya Daniel. Syurga, kau akan rasa bebas, sebebas-bebasnya,”. “Lepas itu? Selepas itu apa?”. “Selepas itu? Apa maksud kau?”. “Selepas aku tersedar. Selepas kesan pil itu habis?”. “Kita ambil sekali lagi,”. “Kemudian? Sekali lagi?”. Bill mengangguk. “Sampai bila? Sampai bila terus ambil pil itu? Sampai semuanya habis kita makan? Ataupun sampai badan kita sudah lali dengan kesannya? Selepas itu apa pula? Mencuba pil baru?”. “Ya! Kau sudah faham sekarang, Daniel,”. Bahuku ditepuk. Bill mengangguk.

Senyumannya lebar, lebar selebar-lebarnya. “Tapi..”. “Tapi apa lagi Daniel? Kau masih lagi hendak mencari Islam? Mencari Islam untuk memenuhi kekosongan jiwa kau? Karut! Itu semua karut Daniel. Sekarang kita sudah maju. Nah, sekarang semuanya ada pada teknologi. Teknologi boleh beri kta semua,”. Satu bungkusan kecil dikeluarkan. Pil berwarna-warni penuh di dalamnya. “Cubalah. Kau akan dapat syurga. Kau tak akan lagi mencari Islam,”. “Tapi..”. “Apa?”.

“Aku bukan tikus makmal, Bill. Cuba mendapatkan syurga dari teknologi. Aku percaya, ada yang syurga lebih besar dari semua teknologi ini. Syurga yang lebih indah dari apa yang kau gambarkan. Syurga yang cahayanya hanya kau akan jumpa dari nur yang sebenar-beanrnya dan bukannya dari limpahan cahaya lampu neon. Aku mesti mencari Islam,”. “Bill..”. Aku merapati Bill. Memegang bahunya. “Kalau Hang Tuah berkata; tak akan Melayu hilang di dunia, aku pula percaya, tak akan Islam hilang di dunia,”.

www.iluvislam.com
AmeenAliff
Editor: deynarashid

Saturday, January 10, 2009

assalamualaikum...

akrtikel ni ak dpt dari i luv islam..
bagaimana org yahudi memasuki islam...
org ni msuk islam setelah membaca al quran...
dan tidak yakin akan agama yahudi kerana jwpn yang berlainan apabila beliau bertnya soalan yang sama...
tp bila beliau membaca al quran...
sume jawapan yang beliau cari ader didlm al quran...
so ak nak share cerita beliau...


My Reversion to Islam:
Jews for Allah


Yousef's family (taken from jews-for-Allah.org)

I was born to a Secular Jewish family, and at the age of 18 years old decided to look "deeper" into belief in God. Like most people, I looked at religion from a view point that was closer to me. Being that my family was Jewish and I was raised to attend Jewish schools I looked into Rabbinical "Orthodox Judaism".

In the year 1988 I entered a Yeshiva and started my journey into the Orthodox Rabbinical racist cult. In 1991 I wed my First wife (then) Luna Mellul now Qamar al Khattab. She was from the Moroccan town named Tetouan and was attending the racist Orthodox Jewish girl's seminary known as Breuers or Sampson Raphael Hirsh Bet Yaakov aka Bais Yakov.

1992 bought us the birth of my first child Abdel Rahman (formally Rachamim Cohen). Alhamdulilah he was then as he is now my pride and joy. Upon the birth of Abdel Rahman we were living in Williamsburg, Brooklyn in the Satmar Hasidic community. I used to see all the lying and cheating, government scams and money laundering using the Synagogue and Yeshiva bank accounts and the poor hygiene of these folk, and was nervous for my new born son not to grow up like these folk. We tried broadening our horizons and moved to the Ocean Parkway area of Brooklyn, later that year.

1994 till 1998 bought us the birth of 3 more wonderful children alhumdulilah. Hesibeh, Abdel Aziz (formally Ezra),and Abdullah (formally Ovadia) during these years I tried to convince myself that Judaism was a true path and I just didn't understand it because I never read the entire set of Talmud and it three different ways of understanding it including the "hidden level". You see this is the trick in the rabbinical cult, you will not EVER finish learning all the rabbinic text thus you are subservient to the Rabbis (a.k.a Elders of Zion) who will interpret Judaism for you. During this time frame the Rabbis saw that we doubted there beliefs thus constantly followed our family contacting all new friends and employers etc. The Rabbis MUST ALWAYS know where you move to and who are your friends. The Rabbis were starting to be a big nuisance as were the Rabbinical Jews so seeking a better future elsewhere we loaded up the family and moved to Palestine. (Then, like most westerners we were brainwashed to refer to the Jew entity as Israel).

September,1998 we now arrived in Ghaza or what the Jewish squatters refer to as Gush Qatif. Quickly my wife was turned off by the lies of the folk there and my son Abdel Rahman came running home from school one day saying "Daddy, my teacher doesn't cover her hair properly, her dress is to short, they don't learn Torah here and all they do is play"!! Maashaallah, my son was very correct so with no possessions or money we set off to find a home in the nearby Jew settlement of Netivot in occupied 1948 Palestine. Shas, a "religious political party" immediately helped us by providing a home and their private school system and my kids went from knowing NO Hebrew to being tops in there class alhumdulilah. During our stay in Netivot I met a Muslim from UAE and we had conversations for about 2 years where he would ask me questions about Jewish Aqeedah or Jewish creed, and then compare it to Tawheed al Elohiya a part of Islamic Monotheism. I would then go and ask major Rabbis questions about the Jewish creed and always got 60000 different answers. The Jews can't even tell you where there God is based on text; rather they say God is everywhere! (authubilah) One day I decided to go to the Arab souk and buy a translation of the meaning of the Holy Quran in the English language. Subahanallah I could not put it down!! Every problem I had with Jews and Judaism was being addressed by Allah the Most High, in the first three chapters of the Quran Allah swt answered most of my doubts about Judaism. The Quran is firm with the Jews and invites them to a just truth (Islam) to save them from the hellfire their ancestors are currently in.

When I finished reading the entire Quran, I could no longer associate with Jews any longer, thus I was obliged to tell my wife I am a Muslim. Alhamdulilah within two weeks my wife decided to read the Quran and became a Muslimah! Then the kids after her alhamdulilah. Soon after this we moved to the Palestinian Authority and East Jerusalem where we lived for almost 6 years.

Today 2006 alhamdulilah we live in Morocco. My kids' alhumdulilah no longer remember Hebrew and their first language is Arabic. All are learning in Islamic Arabic schools alhumdulilah and we thank Allah subahan w tala for blessing us with Islam.

www.iluvislam.com
By: Yousef al Khattab
Editor: Ibn affandi


Friday, January 9, 2009

Yahudi Laknatullah!!!!!

ratusan ribu rakyat palestin berada diambang kebuluran manakala kanak2 dan wanita serta rakyat2 palestin yg lain turut berada didalam ambang kemuncak krisis kemanusiaan.
situasi yang kritikal ini adalah disebabkn konspirasi2 jahat yg dlakukan oleh yahudi laknatullah!!!! dgn alasan yg x munasabah langsung...untuk memusnahkan gerakan Hamas...alasan mcm ni org bodoh jer yg akan bg utk menjayakn rancangan yg dy rancng sendiri...

kt sendiri dpt lihat krisis makanan, bekalan ubat, dan juga brg asasi yang lain disekat oleh rejim laknat ini melalui sempadan yang di kawal oleh mereka...
menyerang masjid...hospital...sekolah....adakah pejuang2 ini ada didalam sume tmpt ni??!!
itu sume kate2 dusta dari yahudi laknatullah...
alsan itu digunakan utk membunuh rakyat palestin yang tidak bersalah...
amerika pula seolah2 seperti anjing kepada yahudi..
setuju jer sume bnda yg dibuat oleh yahudi...

anda pk la n renungkn...
adakah pbb ni masih relevan???
adakah kt msih mengharap gencatan senjata???
tidak sbb yahudi selalu memungkiri janji..
kt sendri dpt bce n dgr di dlm al quran...
tentang bani israil...
betapa angkuhnya mereka...
betapa egonya mereka...
kerana itu Allah melaknat kaum yahudi...
kerana selalu memungkiri janji...
kerana selalu mensyirikkan Allah....

jd bangkitlah umat islam!!!
bangkit memperthnkan saudara kt!!!!
bangkit memperthnkan bumi palestin!!!!
Allahuakbar!!!Allahuakbar!!!!Allahuakbar!!!!

Wednesday, January 7, 2009

kehancuran tentera yahudi...

Hamas, Israel bertempur di darat

BANDAR RAYA GAZA: Kira-kira sembilan askar Israel dilaporkan maut atau cedera parah dalam pertempuran di Gaza, namun Kerajaan Israel enggan mengesahkan laporan berkenaan dan mendakwa hanya lapan askar cedera dalam kejadian itu.

Bagaimanapun, tentera Israel mendakwa kononnya setakat ini hanya lima askarnya terbunuh dalam pertempuran sejak Sabtu lalu, termasuk seorang pegawai payung terjunnya, semalam.

“Seorang pegawai Israel terbunuh dalam pertempuran di utara Gaza, malam Isnin lalu,” kata jurucakap tentera yang dipetik AFP di Baitulmaqdis, sambil mendakwa kematian itu mungkin berpunca daripada tembakan anggotanya sendiri tanpa sengaja.“Kematiannya menjadikan lima askar Israel terbunuh sejak tentera berkenaan melancarkan serangan ke atas Hamas sejak 27 Disember lalu. Tiga daripadanya mati akibat terkena ‘tembakan rakan sendiri’ dalam pertempuran di Gaza.

Hamas, yang melancarkan berpuluh-puluh tembakan roket kepada Israel, berikrar akan menanti askar Israel ‘di setiap penjuru jalan dan lorong’ di bandar ini.

Menteri Pertahanan Israel, Ehud Barak menyatakan negaranya akan terus memerangi Hamas - yang masuk hari ke-11 sehingga keadaan menjadi ‘tenang dan aman’ di selatan negara berkenaan.Penduduk di bandar utama wilayah berkenaan melaporkan pengeboman dari arah darat dan udara, menyebabkan asap tebal menyelubungi ruang udaranya dan api menerangi kegelapan malam di daerah utara Zeitoun, tempat pertempuran paling sengit.

Dalam kenyataan pertamanya bagi mengakui pertempuran di jalan raya Gaza di antara Israel dan Hamas, pihak tentera menyatakan pasukan udara dan artilerinya turut ‘membantu pasukan darat dengan melancarkan serangan ke atas kawasan Hamas yang digunakan sebagai tapak pelancaran roket.’

Laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin, menyatakan jumlah kematian setakat ini sudah meningkat kepada 534 orang dan sekurang-kurangnya 2,470 orang tercedera. PBB juga mengakui bahawa ‘keadaan yang membahayakan kakitangan perubatan serta keadaan sukar untuk mengeluarkan mangsa yang tercedera daripada kesan runtuhan’ itu, menyebabkan pengiraan mangsa menjadi bertambah sulit.

Reuters memetik pegawai perubatan tempatan sebagai berkata, semua 13 anggota sebuah keluarga terkorban dalam letupan yang berlaku di sebuah rumah di timur Gaza. Menjelang jam 3 petang, 25 rakyat Palestin terkorban sejak awal pagi saja, sekurang-kurangnya 10 daripada mereka adalah kanak-kanak.

Sesetengah penduduk diberi amaran oleh askar Israel menerusi mesej yang dirakam dalam bahasa Arab bahawa mereka akan memusnahkan Hamas dan ‘kami akan menggunakan apa juga cara untuk melakukannya.’ - Agensi


kt lihat sendiri....
tentera2 yahudi maut ditgn mujahidin...
9 maut dan juga cedera parah tp mereka menafikn...
dgn menyatakan lapan sahaja yg cedera...
mereka jgk enggan mengesahkn laporan yg dibuat media..
tp yg mnjadi persoalan...
mengapa yahudi tidak membenarkn media membuat liputan...
adakah mereka takut..
takut akan laporan yg mnyatakn tentera2 mereka teruk dibelasah oleh hamas??
tkutkn akan laporan kekalahan mereka keatas hamas??
ini menunjukkan betapa ego n angkuhnya mereka...
tidak dpt mnerima tentangan hebat dari mujahidin2 hamas...
jd sma2 la kt renungkan...
bahawa yahudi tidak akan menang..
kerana mujahidin2 hamas mendpt bantuan dari Yang Maha Esa...
mereka berperang demi mempertahankn agama islam,maruah mereka,melindungi tmpt mereka yg diceroboh...
kt akan dpt sksikn kekalahan tentera2 yahudi...
kt tnggu dan lihat....

Tuesday, January 6, 2009

Selamatkan Palestin....

kekejaman yahudi semakin ketara...
hari ini bacalah surat kabar...
rejim zionis menggunakan bom kimia..
lihat sendiri kekejaman israel...
apakah pbb msih buta...
apakah oic msih buta....
tidak lihat ape yg sedang berlaku di palestin...
lu pk la sndiri...










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free