Thursday, September 22, 2011

Fakta Menarik Tentang Otak..



Friday, September 9, 2011

Jalan Raya Berlipat.

Anda pernah lihat jalan raya yang anda lalu tiba-tiba merekah dan berlipat. Jalan di Kota Mianyang, Sinchuan, China yang terletak di sebelah Barat Kota Miayang retak akibat kerana suhu tinggi. Jalan raya itu bukan sahaja retak malah melengkung seolah-olah terlipat setinggi 50 cm.


Thursday, September 8, 2011

Pilihan Hati: Si A atau Si B?

Assalamulaikum wbt.

Tajuk entri kali ini agak berlainan dari tajuk yang selalu aku post atau tulis. Tiba-tiba aku teringin nak tulis satu entri yang luar dari kotak pemikiran aku sendiri. Dari tajuk entri, aku pasti semua orang tahu ianya berkaitan dengan soal jodoh.

Membuat pilihan jodoh adalah satu perkara yang sukar kerana setiap orang yang kita ingin pilih mempunyai kelebihan serta kebaikan masing-masing. Kadang kala kelemahan yang terdapat pada pilihan hati kita, membuatkan kita berhati-hati serta bimbang dalam membuat pilihan.

Apa yang penting adalah usaha kita untuk mengetahui latar belakang insan yang kita ingin jadikan teman hidup. Kita bukan ingin mencari kesempurnaan tetapi untuk mencari bakal teman hidup memerlukan persediaan yang penting.Seeloknya kita berbincang dengan ibu bapa kita atau orang -orang yang mempunyai ilmu dalam hal-hal yang berkaitan dengan soal jodoh. Bukan kita meminta untuk orang lain membuat keputusan buat diri kita tetapi mendapatkan pandangan agar kita dapat memilih teman hidup dengan lebih teliti.

Setiap orang pasti akan terbit persoalan di hati masing-masing dikala kita ingin membuat pilihan. Lantas melahirkan satu perasaan dimana kita berasa takut dalam membuat keputusan untuk pernikahan. Bukankah kita telah diajar oleh Rasulullah s.a.w untuk melakukan solat istikharah jika mendapat kesulitan dalam membuat pilihan. Percayalah bahawasanya, Allah sentiasa bersama-sama dengan orang yang selalu melakukan kebaikan dan juga yang sentiasa ingin berubah kearah kebaikan.

Disaat waktu ini, kita berusahalah untuk mencari calon suami/isteri yang beriman. Suami/isteri yang baik tidak semestinya memiliki pasangan yang baik bahkan pasangan hidup kita boleh sahaja menjadi ujian dalam hidup kita. Oleh itu, telah menjadi tanggungjawab kita untuk saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain dan memberi tunjuk ajar dalam memimpin keluarga yang dibina ke jalan yang di redhai Allah.

Tuesday, September 6, 2011

Renungan - Nasihat

"Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada adalah DIAM. Bahasa yang paling manis adalah SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK."

Monday, September 5, 2011

10 Kereta Api Paling Laju


Kereta Api..Semua orang kenal pengangkutan awam ni dan digunapakai sejak dari dulu lagi..Mungkin kerana tambang untuk naik kereta api ni murah dan tak ada trafik jam kat tengah-tengah landasan. Nah!..aku nak kongsi 10 kereta api yang laju kat dunia ni..

10)Russia


 Kereta Api: Siemens Velaro RUS
Kelajuan: 175 mph
Kapasiti: 600 orang
  
Siemens Velaro merangkumi laluan dari Moscow ke St. Petersburg. Operasi kereta api ini bermula pada Disember 2009. Kereta api buatan Jerman ni boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 155 batu sejam tetapi telah memecahkan rekod kelajuan maksimum sehingga 175 batu sejam pada satu ujian dalam tahun 2009.

9)Taiwan

 Kereta Api: THSR 700T

Kelajuan: 186 mph

Kapasiti: 989 orang
 
 Kereta api dari negara Taiwan ini telah menelan belanja sebanyak $ 1.8 billion dan merupakan projek pembiayaan sendiri terbesar didunia. Dengan kereta api ini. perjalana dari northern capital of Taipei ke southern city of Kaoshiung berjaya disingkatan dan perjalanan yang sebelum ini memakan masa 4 jam lebih menjadi 90 minit..

8)Korea Selatan.



 Kereta Api: KTX-II
Kelajuan: 190 mph

Kapasiti: 965 orang
Di Korea Selatan kereta, KTX atau Korea Train Express boleh membawa lebih 100 ribu penumpang setiap hari ke destinasi yang dituju. Ianya telah diperkenalkan pada tahun 2004 dan kereta api ini mampu menjimatkan masa perjalanan dari Kota Seoul ke Bandar Perlabuhan Busan dalam masa 2 jam 45 minit, yakni separuh dari masa yang digunakan untuk sampai kedua - dua destinasi ini.

7)United Kingdom.


Kereta Api: Eurostar 3313/14
Kelajuan: 208 mph

Kapasiti: 750 orang

Eurostar mula beroperasi pada tahun 1994 dan kereta api ini menghubungkan England dengan bandar di France dan juga Belgium melalui terowong bawah tanah yang dikenali sebagai Chunnel. Ianya menghubungkan seluruh Eropah dan telah mencatatkan rekod kereta api paling laju di Britain dengan kelajuan 208 mph pada tahun 2003

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free