Monday, September 5, 2011

Home » , , , , , , , , , , , , » 10 Kereta Api Paling Laju

10 Kereta Api Paling Laju


Kereta Api..Semua orang kenal pengangkutan awam ni dan digunapakai sejak dari dulu lagi..Mungkin kerana tambang untuk naik kereta api ni murah dan tak ada trafik jam kat tengah-tengah landasan. Nah!..aku nak kongsi 10 kereta api yang laju kat dunia ni..

10)Russia


 Kereta Api: Siemens Velaro RUS
Kelajuan: 175 mph
Kapasiti: 600 orang
  
Siemens Velaro merangkumi laluan dari Moscow ke St. Petersburg. Operasi kereta api ini bermula pada Disember 2009. Kereta api buatan Jerman ni boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 155 batu sejam tetapi telah memecahkan rekod kelajuan maksimum sehingga 175 batu sejam pada satu ujian dalam tahun 2009.

9)Taiwan

 Kereta Api: THSR 700T

Kelajuan: 186 mph

Kapasiti: 989 orang
 
 Kereta api dari negara Taiwan ini telah menelan belanja sebanyak $ 1.8 billion dan merupakan projek pembiayaan sendiri terbesar didunia. Dengan kereta api ini. perjalana dari northern capital of Taipei ke southern city of Kaoshiung berjaya disingkatan dan perjalanan yang sebelum ini memakan masa 4 jam lebih menjadi 90 minit..

8)Korea Selatan.



 Kereta Api: KTX-II
Kelajuan: 190 mph

Kapasiti: 965 orang
Di Korea Selatan kereta, KTX atau Korea Train Express boleh membawa lebih 100 ribu penumpang setiap hari ke destinasi yang dituju. Ianya telah diperkenalkan pada tahun 2004 dan kereta api ini mampu menjimatkan masa perjalanan dari Kota Seoul ke Bandar Perlabuhan Busan dalam masa 2 jam 45 minit, yakni separuh dari masa yang digunakan untuk sampai kedua - dua destinasi ini.

7)United Kingdom.


Kereta Api: Eurostar 3313/14
Kelajuan: 208 mph

Kapasiti: 750 orang

Eurostar mula beroperasi pada tahun 1994 dan kereta api ini menghubungkan England dengan bandar di France dan juga Belgium melalui terowong bawah tanah yang dikenali sebagai Chunnel. Ianya menghubungkan seluruh Eropah dan telah mencatatkan rekod kereta api paling laju di Britain dengan kelajuan 208 mph pada tahun 2003


6)Itali.


Kereta Api: ETR 500 Frecciarossa
Kelajuan: 225 mph
Kapasiti: 590 penumpang

ETR 500 adalah kereta api yang terpantas di Itali dan telah pun mencatatkan rekod pada kelajuan 225 mph sejam pada tahun 2009 dari Florence ke Bologna. Kereta api ini mendapat tentangan kerana dikhuatiri akan merosakkan persekitaran dan pembinaan landasan kereta api ini boleh membebaskan bahan kimia yang berbahaya.

5) Sepanyol.



Kereta Api: AVE Class 103
Kelajuan: 251 mph
Kapasiti: 404 penumpang

Sepanyol mempunyai rangkaian landasan kereta api yang paling panjang di Eropah meliputi jarak 3,433 batu. AVE ini telah dibina oleh Siemens dan merekodkan kelajuan 251 mph pada tahun 2007. Ia dapat mengurangkan masa perjalanan dari Madrid ke Lisbon, Portugal dari 9 jam kepada 2 jam 15 minit. Tetapi Sepanyol telah menghadkan had laju maksimum untuk kereta api komersial menjadi 186 mph untuk tujuan keselamatan penumpang.

4) Jerman.


Kereta Api: Transrapid TR-07
Kelajuan: 270.3 mph
Kapasiti: Masih dalam ujian

Jerman merupakan salah satu negara pelopor teknologi kereta api berkelajuan tinggi di dunia. Ia juga merupakan tempat kelahiran syarikat terkenal dunia, Siemens. Teknologi kereta api magnetik telah dibangunkan di Jerman tetapi tidak pernah dikomersialkan kerana mempunyai banyak kelemahan, memerlukan kos yang tinggi untuk pembinaan serta mengancam keselamatan penumpang dimana dapat menyaksikan kemalangan yang mengorbankan 25 orang semasa sesi ujian pada tahun 2006.

3) China.


Kereta Api: CRH380AL
Kelajuan: 302 mph
Kapasiti: 600 penumpang

China mempunyai rangkaian kereta api berkelajuan tinggi paling panjang didunia dengan jarak melebihi 6,000 batu. Rangkaian kereta api berkelajuan tinggi di China bermula pada tahun 2007 dan telah mendapat jumlah penumpang sebanyak 40.6 juta pada 2 tahun pertama. Pihak kerajaan China berharap dapat meluaskan rangkaian kereta api ini sehingaa 28,000 batu menjelang 2015.

2) Perancis.
 


Kereta Api: TGV V150
Kelajuan: 357 mph
Kapasiti: Masih dalam ujian

TGV telah mencatatkan rekod 375 mph pada tahun 2007 dan telah menjadi kereta api kedua terlaju di dunia. Teknologi yang digunapakai oleh TGV, adalah teknologi yang sama digunakan oleh negara Eropah termasuklah UK, Belgium, Belanda dan juga Jerman.


1) Jepun.



Kereta Api: JR-Maglev MLX01
Kelajuan: 361 mph
Kapasiti: Masih dalam ujian

Jepun merupakan peneraju dalam pembuatan kereta api berkelajuan tinggi dan telah berjaya membuktikan pada tahun 1964. Jepun telah memperkenalkan Tokaido Shinkansen atau "bullet train" yang mampu mencatat kelajuan sehingga 160 mph dan menjadi jaringan kereta api paling sibuk didunia, dengan anggaran 37,800 penumpang setiap hari. Kereta api Maglev ini telah mula dibangunkan pada tahun 1970-an, dimana pihak kerajaan telah meluluskan plan yang menelan belanja $ 112 billion yang menghubungkan antara bandar Tokyo,Nagoya dan Osaka dan dijangka siap pada tahun 2027. Maglev ini masih dalam ujian dan telah memecahkan rekod untuk menjadi kereta api paling pantas didunia pada tahun 2003.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free