Thursday, September 8, 2011

Home » » Pilihan Hati: Si A atau Si B?

Pilihan Hati: Si A atau Si B?

Assalamulaikum wbt.

Tajuk entri kali ini agak berlainan dari tajuk yang selalu aku post atau tulis. Tiba-tiba aku teringin nak tulis satu entri yang luar dari kotak pemikiran aku sendiri. Dari tajuk entri, aku pasti semua orang tahu ianya berkaitan dengan soal jodoh.

Membuat pilihan jodoh adalah satu perkara yang sukar kerana setiap orang yang kita ingin pilih mempunyai kelebihan serta kebaikan masing-masing. Kadang kala kelemahan yang terdapat pada pilihan hati kita, membuatkan kita berhati-hati serta bimbang dalam membuat pilihan.

Apa yang penting adalah usaha kita untuk mengetahui latar belakang insan yang kita ingin jadikan teman hidup. Kita bukan ingin mencari kesempurnaan tetapi untuk mencari bakal teman hidup memerlukan persediaan yang penting.Seeloknya kita berbincang dengan ibu bapa kita atau orang -orang yang mempunyai ilmu dalam hal-hal yang berkaitan dengan soal jodoh. Bukan kita meminta untuk orang lain membuat keputusan buat diri kita tetapi mendapatkan pandangan agar kita dapat memilih teman hidup dengan lebih teliti.

Setiap orang pasti akan terbit persoalan di hati masing-masing dikala kita ingin membuat pilihan. Lantas melahirkan satu perasaan dimana kita berasa takut dalam membuat keputusan untuk pernikahan. Bukankah kita telah diajar oleh Rasulullah s.a.w untuk melakukan solat istikharah jika mendapat kesulitan dalam membuat pilihan. Percayalah bahawasanya, Allah sentiasa bersama-sama dengan orang yang selalu melakukan kebaikan dan juga yang sentiasa ingin berubah kearah kebaikan.

Disaat waktu ini, kita berusahalah untuk mencari calon suami/isteri yang beriman. Suami/isteri yang baik tidak semestinya memiliki pasangan yang baik bahkan pasangan hidup kita boleh sahaja menjadi ujian dalam hidup kita. Oleh itu, telah menjadi tanggungjawab kita untuk saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain dan memberi tunjuk ajar dalam memimpin keluarga yang dibina ke jalan yang di redhai Allah.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free