Wednesday, November 16, 2011

Apa itu Bell's Palsy?

Pernah tak anda dengar penyakit bell's palsy? pasti ada yang pernah dengar dan ada yang baru dengar.

Bell's Palsy adalah penyakit kelumpuhan saraf muka yang menyebabkan ketidakmampuan mengawal otot muka pada sisi yang terkena. ianya bersifat sementar. ada beberapa kemungkinan yang menyebabkan kelumpuhan ini seperti barah otak, stroke dan penyakit lyme. penyakit ini dinamakan sempena ahli anatomi yang menemuinya pertama kali iaitu Sir Charles Bell berasal dari Scotland. Penyakit ini berkaitan dengan kerosakan saraf. ianya boleh didapati dalam 2 diantara 10,000. sebab penyakit ini masih tidak dapat dijelaskan.

Penyakit ini tiada rawatan. 85% akan sembuh dalam masa 3 minggu manakala selebihnya mengambil masa 3 - 6 bulan walaupun tidak sepenuhnya. antara masalah penyakit ini adalah
 kesukaran untuk menutup kelopak mata.
  • perubahan dan luahan muka (contohnya menggerenyot muka)
  • kesukaran ketika makan dan minum
  • melelehkan air liur kerana tidak dapat mengawal otot muka
  • kelopak mata atau sudut mulut yang lemah
  • mata atau mulut yang kering
  • rasa tegang di muka atau rasa ditarik ke sebelah satu lagi
  • kelumpuhan muka pada satu bahagian yang menyukarkan untuk menutup satu mata
  • sakit kepala
  • kehilangan deria rasa
  • sakit di belakang atau di depan telinga
  • kepekaan kepada bunyi terjejas pada bahagian yang terkena penyakit
  • gerenyetan di muka
  • rasa lemah di muka

Wednesday, November 2, 2011

Jumlah Kematian Akibat Kekejaman Amerika

Tuesday, November 1, 2011

Fakta Menarik Tentang Negara China

Menara Lego Tertinggi di Dunia.

Menara lego tertinggi di dunia telah berjaya dibina menggunakan 50,000 kiub lego. Menara ini telah didirikan di Sao Paolo,Brazil. Struktur menara lego ini disokong oleh wayar khas bagi mengelakkan daripada runtuh dan kren terpaksa digunakan untuk proses pencantuman antara kiub-kiub lego ni. Yang menariknya, menara lego ini dibina oleh kipas-susah-mati atau bahasa inggerisnya die hard fan lebih dari 6,000 orang dan majoriti dari buruh-buruh lego ini adalah kanak-kanak.

Pihak dari lego telah menghantar wakil iaitu pereka dari Denmark untuk memastikan menara ini mencapai ketinggian 102,333 kaki. Anda kenal Cafu? Bekas kapten pasukan bola sepak Brazil suatu ketika dahulu turut turun padang untuk meletak kiub terakhir pada menara lego ini. Ketinggian menara lego di Sao Paolo ini berjaya memecahkan rekod menara lego sebelum ini yang telah dilakukan di Chile pada tahun 2008 dengan perbezaan 10 inci. Untuk pengetahuan anda semua, menara lego pertama telah dibina di kota London pada tahun 1988 dengan hanya berketinggian 50 kaki.

 

Renungan - Adab

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat”
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free