Showing posts with label bell palsy disease. Show all posts
Showing posts with label bell palsy disease. Show all posts

Wednesday, November 16, 2011

Apa itu Bell's Palsy?

Pernah tak anda dengar penyakit bell's palsy? pasti ada yang pernah dengar dan ada yang baru dengar.

Bell's Palsy adalah penyakit kelumpuhan saraf muka yang menyebabkan ketidakmampuan mengawal otot muka pada sisi yang terkena. ianya bersifat sementar. ada beberapa kemungkinan yang menyebabkan kelumpuhan ini seperti barah otak, stroke dan penyakit lyme. penyakit ini dinamakan sempena ahli anatomi yang menemuinya pertama kali iaitu Sir Charles Bell berasal dari Scotland. Penyakit ini berkaitan dengan kerosakan saraf. ianya boleh didapati dalam 2 diantara 10,000. sebab penyakit ini masih tidak dapat dijelaskan.

Penyakit ini tiada rawatan. 85% akan sembuh dalam masa 3 minggu manakala selebihnya mengambil masa 3 - 6 bulan walaupun tidak sepenuhnya. antara masalah penyakit ini adalah
 kesukaran untuk menutup kelopak mata.
  • perubahan dan luahan muka (contohnya menggerenyot muka)
  • kesukaran ketika makan dan minum
  • melelehkan air liur kerana tidak dapat mengawal otot muka
  • kelopak mata atau sudut mulut yang lemah
  • mata atau mulut yang kering
  • rasa tegang di muka atau rasa ditarik ke sebelah satu lagi
  • kelumpuhan muka pada satu bahagian yang menyukarkan untuk menutup satu mata
  • sakit kepala
  • kehilangan deria rasa
  • sakit di belakang atau di depan telinga
  • kepekaan kepada bunyi terjejas pada bahagian yang terkena penyakit
  • gerenyetan di muka
  • rasa lemah di muka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free