Wednesday, November 16, 2011

Home » » Apa itu Bell's Palsy?

Apa itu Bell's Palsy?

Pernah tak anda dengar penyakit bell's palsy? pasti ada yang pernah dengar dan ada yang baru dengar.

Bell's Palsy adalah penyakit kelumpuhan saraf muka yang menyebabkan ketidakmampuan mengawal otot muka pada sisi yang terkena. ianya bersifat sementar. ada beberapa kemungkinan yang menyebabkan kelumpuhan ini seperti barah otak, stroke dan penyakit lyme. penyakit ini dinamakan sempena ahli anatomi yang menemuinya pertama kali iaitu Sir Charles Bell berasal dari Scotland. Penyakit ini berkaitan dengan kerosakan saraf. ianya boleh didapati dalam 2 diantara 10,000. sebab penyakit ini masih tidak dapat dijelaskan.

Penyakit ini tiada rawatan. 85% akan sembuh dalam masa 3 minggu manakala selebihnya mengambil masa 3 - 6 bulan walaupun tidak sepenuhnya. antara masalah penyakit ini adalah
 kesukaran untuk menutup kelopak mata.
  • perubahan dan luahan muka (contohnya menggerenyot muka)
  • kesukaran ketika makan dan minum
  • melelehkan air liur kerana tidak dapat mengawal otot muka
  • kelopak mata atau sudut mulut yang lemah
  • mata atau mulut yang kering
  • rasa tegang di muka atau rasa ditarik ke sebelah satu lagi
  • kelumpuhan muka pada satu bahagian yang menyukarkan untuk menutup satu mata
  • sakit kepala
  • kehilangan deria rasa
  • sakit di belakang atau di depan telinga
  • kepekaan kepada bunyi terjejas pada bahagian yang terkena penyakit
  • gerenyetan di muka
  • rasa lemah di muka


aku share informasi ini kerana aku adalah salah seorang pesakit bell's palsy ini.

3 comments:

Anonymous said...

salam sauda..boleh kongsi tak bagai mana saudara buat rawatan bell palsy,berapa lama tempoh penyembuhannya..tq

HambaAllah said...

waalaikumsalam anon..

1. saya mengurut menghala ke luar pada bahagian yang terkena bell palsy..contoh mcm saya bahagian kanan muka saya terkena penyakit ini maka saya mengurut ke arah sebelah kanan sambil membaca selawat..

2. pada bahagian mata seeloknya anda letak eyemore bagi mengelakkan mata dari kering serta jika anda ingin tidur lembapkan kapas dan letakkan pada bahagian yang terkena..

3. selalu buat senaman muka..contoh untuk bibir saya selalu menyebut a,e,i,o,u untuk melembutkan bahagian mulut..

4. elakkan dari mata pada bahagian yang kena bell palsy terkena angin kipas atau aircond..sbb boleh buatkan kornea mata kita kering..

alhamdulillah saya pulih sepenuhnya setelah 3 minggu..
tapi penyakit ini kadang-kadang memakan masa untuk pulih..ada yang kena ambil masa 2 - 3 mggu..ada pula yang yang mengambil masa 1-2 tahun..tapi anda jangan risau..kita usaha, doa dan tawakal insya'allah..anda boleh sihat dengan izin Allah..=)

maria said...

saya mula2 dengar penyakit ni bila kawan satu lab saya yang kena.
Mulanya ingat strok..rupanya bell palsy.
Lepas2 tu memang kerap dengar orang2 muda kena penyakit ni..


Bell Palsy: Strok Di Bahagian Muka Yang Siapa-Siapa Pun Boleh Kena. Wajib Ambil Tahu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free