Showing posts with label kejadian alam. Show all posts
Showing posts with label kejadian alam. Show all posts

Friday, September 9, 2011

Jalan Raya Berlipat.

Anda pernah lihat jalan raya yang anda lalu tiba-tiba merekah dan berlipat. Jalan di Kota Mianyang, Sinchuan, China yang terletak di sebelah Barat Kota Miayang retak akibat kerana suhu tinggi. Jalan raya itu bukan sahaja retak malah melengkung seolah-olah terlipat setinggi 50 cm.


Thursday, June 16, 2011

Fenomena gerhana bulan penuh esok

KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan sepenuhnya antara jam 1.25 pagi dan 7.01 pagi esok, menurut Agensi Angkasa Negara.

Fasa penumbra (P1) akan berlaku pada jam 1.25 pagi namun kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayang penumbra yang kurang gelap.
"Gerhana yang jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi (U1) mulai jam 2.23 pagi sehingga gerhana maksimum berlaku pada jam 4.13 pagi.
"Bulan akan mula keluar dari bayang umbra bumi (U3) pada jam 5.03 pagi dan keluar sepenuhnya dari bayang Bumi (U4) pada jam 6.02 pagi," menurut kenyataan agensi itu hari ini.

Angkasa itu menyatakan bahawa gerhana masih terus berlaku sehingga jam 7.01 pagi tetapi fenomena tidak dapat disaksikan pada waktu terbabit kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap. - BERNAMA

sumber dari berita harian.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free