Showing posts with label berita harian. Show all posts
Showing posts with label berita harian. Show all posts

Thursday, June 16, 2011

Fenomena gerhana bulan penuh esok

KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan sepenuhnya antara jam 1.25 pagi dan 7.01 pagi esok, menurut Agensi Angkasa Negara.

Fasa penumbra (P1) akan berlaku pada jam 1.25 pagi namun kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayang penumbra yang kurang gelap.
"Gerhana yang jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi (U1) mulai jam 2.23 pagi sehingga gerhana maksimum berlaku pada jam 4.13 pagi.
"Bulan akan mula keluar dari bayang umbra bumi (U3) pada jam 5.03 pagi dan keluar sepenuhnya dari bayang Bumi (U4) pada jam 6.02 pagi," menurut kenyataan agensi itu hari ini.

Angkasa itu menyatakan bahawa gerhana masih terus berlaku sehingga jam 7.01 pagi tetapi fenomena tidak dapat disaksikan pada waktu terbabit kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap. - BERNAMA

sumber dari berita harian.


Friday, June 10, 2011

Ramai lelaki tak pandai beli-belah.

LONDON: Lelaki bergantung kepada isteri atau pasangan untuk membeli separuh daripada pakaian masing-masing, manakala mereka hanya membeli 30 peratus pakaian sendiri.

Kajian oleh jenama fesyen Joe Browns menyatakan, wanita menghabiskan purata dua jam setiap bulan atau 24 jam setahun bersamaan dengan 40 hari sepanjang hayat mereka membeli pakaian untuk suami dan kekasih.
Sebagai perbandingan, lelaki menghabiskan yang jauh lebih sedikit untuk membeli pakaian iaitu kira-kira 50 minit sebulan atau 16.6 hari sepanjang hayat mereka.
Tinjauan membabitkan 1,984 orang dewasa berusia 18 hingga 50 tahun mendedahkan bahawa baki peratus dipenuhi dengan hadiah daripada rakan dan keluarga.

Bagaimanapun, lelaki didapati mempunyai kecenderungan dua kali ganda untuk membeli sehelai pakaian ‘must buy’ berbanding wanita.

“Amat jelas bahawa wanita di Britain mementingkan gaya tetapi menghabiskan banyak masa untuk membentuk penampilan pasangan atau teman lelaki mereka,” kata jurucakap Joe Browns, Simon Brown yang dipetik Daily Mail. – Agensi

sumber dari: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ramailelakitakpandaibeli-belah/Article.

jadi apa pendapat anda semua..sila komen..=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free