KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan
sepenuhnya antara jam 1.25 pagi dan 7.01 pagi esok, menurut Agensi
Angkasa Negara.
Fasa penumbra (P1) akan berlaku pada jam 1.25 pagi namun kesan
kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan
merentasi bayang penumbra yang kurang gelap.
"Gerhana yang jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra
bumi (U1) mulai jam 2.23 pagi sehingga gerhana maksimum berlaku pada jam
4.13 pagi.
"Bulan akan mula keluar dari bayang umbra bumi (U3) pada jam 5.03 pagi
dan keluar sepenuhnya dari bayang Bumi (U4) pada jam 6.02 pagi," menurut
kenyataan agensi itu hari ini.
Angkasa itu menyatakan bahawa gerhana masih terus berlaku sehingga
jam 7.01 pagi tetapi fenomena tidak dapat disaksikan pada waktu
terbabit kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang
gelap. - BERNAMA
sumber dari
berita harian.
0 comments:
Post a Comment