Tuesday, June 14, 2011

Home » , » Televisyen berusia 75 tahun berharga RM82,850

Televisyen berusia 75 tahun berharga RM82,850




Set televisyen tertua di Britain yang masih berfungsi dengan baik dijual dalam satu lelongan pada harga £16,800 (RM82,950) iaitu tiga kali ganda lebih tinggi daripada harga ramalan, laporan sebuah akhbar kelmarin. Set televisyen elektronik jenama Marconi 702 itu yang berharga £99.15 (RM490) dibeli oleh seorang lelaki, G. B. Davis tiga minggu selepas siaran televisyen pertama di Britain dipancarkan di sini, pada tahun 1936. Ia kini menjadi milik seorang pembeli dari Amerika Syarikat (AS) selepas dia membelinya dalam satu lelongan anjuran Rumah Lelongan Bonhams di sini kelmarin. "Saya pernah mengendalikan lelongan 38 buah televisyen lama sebelum ini dan ini adalah yang terbaik dan ia datang bersama invois asal," kata seorang pakar Bonhams, Laurence Fisher Set televisyen berusia 75 tahun itu yang dijual oleh keluarga pemilik asalnya memiliki skrin bersaiz 30.48 sentimeter dan berada dalam kotak kayu.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free