Friday, June 3, 2011

Home » , , » Fakta Menarik Tentang Lipas.

Fakta Menarik Tentang Lipas.


Nama lipas atau dalam Bahasa Inggeris cockroach berasal daripada perkataan Sepanyol “cucaracha” yang membawa maksud serangga gila.

Seekor lipas boleh menahan nafas selama 40 minit.

Seekor lipas boleh hidup 3-4 minggu walaupun kepala dia dah putus.

Kalau berlaku peperangan nuklear, lipas adalah satu-satunya makhluk yang boleh hidup.

Lipas mempunyai darah berwarna putih.

Kebanyakkan lipas boleh terbang tapi bukan kesemuanya.

Lipas yang paling besar di dunia adalah Macropanesthia rhinocerus berasal daripada Australia yang beratnya adalah 50gram.

Macropanesthia rhinocerus
Lipas goreng adalah makanan yang biasa di Cambodia.

Lipas makmal betina boleh menghasilkan anak tanpa bantuan lipas jantan dan anak-anak dia semua betina.

Lipas anak hanya perlu mengawan sekali dan mampu menghasilkan anak sepanjang hidupnya.

Agak mustahil untuk menangkap seekor lipas sebab dia ada rambut-rambut halus yang boleh mengesan angin daripada pergerakkan apa-apa yang menghampirinya.

Semasa perang di Vietnam, tentera Amerika menggunakan lipas untuk mengenal pasti askar-askar komunis yang menyamar sebagai petani.

Lipas ada gigi di dalam perutnya.

Lipas yang dilumatkan boleh boleh membantu menghilangkan kesan bisa jika dilumurkan pada tempat tu.

Lipas boleh menukar arah sebanyak 25 kali dalam masa satu saat.

Kalau lipas patah kaki, kaki itu boleh tumbuh semula.

Lipas bernafas melalui bahagian tepi badannya dan bukan melalui hidung.

Lipas hanya ada 6 kaki tapi memiliki 18 lutut.

Lipas boleh berlari sepantas 3 batu sejam.

Lipas dikatakan menghabiskan 75% masa sehari dengan hanya duduk tanpa buat apa-apa.

menarik bukan?

2 comments:

gadiest ❤ said...

besar gilos!! =)

Muhammad Afiq said...

haha..bela sekor best ni..=)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...