Sifat marah didalam diri manusia adalah lumrah dan juga sifat semula jadi manusia. Ada orang yang mudah marah dan lemah lembut. Marah bukan satu sifat yang boleh di buat-buat tetapi biasanya didahului sesuatu perkara yang menyebabkan seseorang itu marah. Seseorang yang sedang marah akan hilang kewarasan fikirannya. Kadang kala sifat marah ini berlanjutan sehingga menimbulkan permusuhan sesama manusia. Untuk mengawal sifat marah adalah bukan satu perkara yang mudah. Terdapat beberapa cara yang diajar oleh Rasulullah s.a.w dalam mengawal perasaan marah antaranya:
1. Mengucapkan Taawudz (A'udzu billahi minasy syaithoonir rajeem – Aku
berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk). Ini adalah
kerana perasaan marah itu timbul dari hasutan syaitan.
2. Diam atau tidak berbicara.
3. Jika semasa timbul perasaan marah itu seseorang itu sedang berdiri
maka hendaklah dia duduk. Jika tidak reda juga maka hendaklah dia
baring.
4. Berwuduk kerana air wuduk itu dapat menenangkan jiwa yang sedang marah.
"Kehebatan seseorang itu bukan terletak pada kecantikan atau kekuatan
tetapi terletak pada kehebatan mereka mengawal perasaan marah. "
0 comments:
Post a Comment