Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Monday, June 6, 2011

Cara-Cara Mengawal Kemarahan.


Sifat marah didalam diri manusia adalah lumrah dan juga sifat semula jadi manusia. Ada orang yang mudah marah dan lemah lembut. Marah bukan satu sifat yang boleh di buat-buat tetapi biasanya didahului sesuatu perkara yang menyebabkan seseorang itu marah. Seseorang yang sedang marah akan hilang kewarasan fikirannya. Kadang kala sifat marah ini berlanjutan sehingga menimbulkan permusuhan sesama manusia. Untuk mengawal sifat marah adalah bukan satu perkara yang mudah. Terdapat beberapa cara yang diajar oleh Rasulullah s.a.w dalam mengawal perasaan marah antaranya:

1. Mengucapkan Taawudz (A'udzu billahi minasy syaithoonir rajeem – Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk). Ini adalah kerana perasaan marah itu timbul dari hasutan syaitan.
2. Diam atau tidak berbicara.
3. Jika semasa timbul perasaan marah itu seseorang itu sedang berdiri maka hendaklah dia duduk. Jika tidak reda juga maka hendaklah dia baring.
4. Berwuduk kerana air wuduk itu dapat menenangkan jiwa yang sedang marah.

"Kehebatan seseorang itu bukan terletak pada kecantikan atau kekuatan tetapi terletak pada kehebatan mereka mengawal perasaan marah. "

Thursday, June 2, 2011

Penting! - Tips Apabila Kenderaan Anda Terlibat Dengan Kemalangan.

Berikut adalah langkah - langkah yang perlu di ambil sebaik sahaja kereta anda melanggar atau dilanggar di jalan raya :

1. Cari kesan kecederaan secepat mungkin, luka, patah atau tersepit.

2. Catatkan nombor pendaftaran kereta dan model kenderaan - kenderaan yang terbabit

3. Telefon polis untuk mengetahui balai polis mana patut anda pergi untuk membuat laporan.

4. Jika kereta boleh di pandu. Pergilah ke balai polis yang sepatutnya untuk membuat laporan.

5. Jika kereta perlu ditunda, telefon bengkel tempat anda sentiasa hantar kereta untuk diservis, meminta mereka menghantar lori tunda yang boleh dipercayai.Catatkan nombor pendaftarannya. Pastikan anda naik lori berkenaan bagi memastikan kereta di bawa ke balai polis. Biasanya Proton Edar Sdn. Bhd ada senarai lori penundanya.

6. Maklumkan pegawai keselamatan jika ianya berlaku dikawasan persendirian (selain jalan raya).

7. Beri maklumat lengkap kepada pihak berkuasa.

8. Dapatkan laporan bertulis dan nombor fail laporan.

9. Rekodkan maklumat peribadi : Nama, alamat dan nombor kad pengenalan serta lesen memandu pihak - pihak yang terbabit dengan kemalangan.

10. Selepas selesai perkara yang patut di selesaikan di balai polis, ikut lori tunda untuk menghantar kereta anda ke bengkel berkaitan.

11. Telefon ejen insuran anda atau pergi sendiri cawangan insuran anda, isi borang dan serahkan maklumat - maklumat yang dikehendaki.

12. Bincang dengan ejen anda sama ada untuk membuat tuntutan daripada syarikat insuran anda attau pihak ketiga.

Tips :

* Ambil gambar kenderaan dan situasi kemalangan sebik sahaja ianya berlaku.

* Cari saksi terdekat dan catatkan nama dan nombor telefon untuk dihubungi.

* Simpan kamera kecil di dalam kereta atau guna telefon berkamera. Ia akan memudahkan anda untuk membuat laporan polis serta menuntut ganti rugi insuran.

* Sebelum kereta di tunda atau anda meninggalkan kereta di tempat kejadian, pastikan barang - barang  berharga di ambil atau dipindahkan daripada kereta anda.

* Elakkan daripada menyerahkan bulat - bulat kepada wakil bengkel yang tidak dikenali. Dapatkan maklumat trak penunda, harga, lokasi, bengkel, serta khidmat yang ditawarkan.

* Jangan terburu - buru membiarkan kereta anda di tarik, jika boleh dapatkan bantuan rakan - rakan yang biasa berurusan dengan bengkel kereta.

Amaran!!
Jangan sesekali mengakui kesalahan anda atau membincangkan kemalangan tersebut dengan pihak terbabit. Jangan meninggalkan tempat kejadian sebelum mengambil data - data yang disebutkan di atas.


semoga info ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free