Monday, January 16, 2012

Home » , , , » Apa itu migrain dan cara menghilangkannya.

Apa itu migrain dan cara menghilangkannya.



Migrain ialah satu keadaan di mana pesakit mengalami sakit kepala yang kronik. Ini disebabkan oleh aliran darah dan perubahan kimia di dalam otak. Kira - kira 12 peratus daripada golongan dewasa di negara ini menghidapi migrain dan sebahagian besar adalah wanita yang masih di datangi haid. Apabila pesakit mengalami migrain, kebiasaannya pesakit akan mengalami sakit kepala yang teruk.

Kira - kira 40 peratus migrain dialami di seluruh kepala, 40 peratus bermula pada sebelah kepala dan merebak ke seluruh kepala, manakala 20 peratus lagi hanya berlaku pada sebelah kepala sahaja.

cara untuk mengenal serangan migrain




Gejala migrain.

  • muka kelihatan pucat dan berpeluh-peluh.
  • loya dan muntah - muntah.
  • penglihatan menjadi sensitif apabila apabila melihat cahaya.
  • pendengaran menjadi sensitif.
  • kemerah-merahan pada kulit, sekeliling mata ataupun dahi.
  • bercakap dengan suara yang perlahan kerana apabila pesakit bercakap kuat ini kerana pesakit akan berasa bertambah sakit di bahagian kepala.
  • pesakit dapat merasakan seolah-olah persekitaran mereka bergerak-gerak.
  • pesakit juga boleh pitam.
 Apabila anda mengalami gejala - gejal seperti ini, seeloknya anda mengamalkan doa atau surah di dalam Al-Quran.

Amalannya ialah, sila baca 4 ayat terakhir surah al-Hasyr (ayat 21, 22, 23 dan 24)  setiap kali sebelum tidur. Semasa membaca ayat-ayat ini, tangan hendaklah diusap-usapkan pada bahagian kepala. Dan niatkan dalam hati, dengan keberkatan ayat-ayat Quran ini, Allah akan menghilangkan sakit kepala atau migrain.

 credit to: PakarHowTo

Amalan ini disampaikan oleh seorang Syeikh dari Arab dan beliau ada mengatakan banyak lagi kelebihan ayat terakhir surah al-Hasyr. Antaranya ialah untuk menghilangkan sakit kepala atau migrain.
Jika diamalkan surah ini, Insya'allah sakit kepala atau migrain dapat dikurangkan. Apa yang penting kita berusaha, berdoa kepada Allah dan bertawakal Allah akan membantu kita.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free