Wednesday, April 11, 2012

Home » , » Cara Solat Sunat Dhuha Yang Ringkas.

Cara Solat Sunat Dhuha Yang Ringkas.

Solat sunat dhuha di lakukan ketika matahari sedang naik dari pukul 8.00 pagi sehingga pukul 11.00 pagi. Solat sunat ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. Boleh juga dilakukan 4,6,8 atau 12 rakaat dengan setiap 2 rakaat 1 salam atau 4 rakaat 1 salam.

Bagaimana cara untuk melakukannya?

Cara - cara untuk melakukan Solat Sunat Dhuha.


1. Rakaat Pertama "Allahuakbar & niat didalam hati"
  • "Sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala"
  • Baca surah Al-Fatihah 
  • Baca surah As-Syam adalah lebih afdal. Jika tak hafal boleh baca surah yang pendek.
2. Rakaat Kedua
  • Baca surah Al-Fatihah
  • Baca surah Ad-Dhuha adalah lebih afdal. Jika tak hafal boleh baca surah yang pendek.
  • Tahiyyat Akhir & salam.
3. Doa.
  • Doa pada Allah. Minta dimurahkan rezeki, diberi kesenangan di dunia dan akhirat.
  • Doa apa saja. Mengadu pada Allah. Insya'allah dimakbulkan doa kita.
  • Nak lebih cantik baca doa ni.. Doa selepas Solat Sunat Dhuha.


1 comments:

plain83 said...

perkongsian yang baik dan ringkas :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...