Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary merupakan seorang billionaire di Malaysia dan di senaraikan orang no 5 terkaya di Malaysia pada tahun 2012. Mempunyai aset sekitar RM 9.53 billion. Mari kita selidik latar belakang Tan Sri Syed Mokhtar.
Latar belakang Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary
- Umur – 53 tahun
- Pendidikan – SPM
- Mula berniaga – 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
- Kekayaan -RM 9.53 billion
- Ke 5 terkaya di Malaysia(2012)
- Antara syarikat miliknya – MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
- Kereta – Proton Perdana
- Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary,institusi pengajian untuk
3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas
tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1
juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat
Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.
- Bagaimana sumbangan sosialnya bermula – Bilamana ibunya menyuruh
memberikan sebahagian elaun ( RM750.00) pertamanya sebagai pengarah
syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00)
ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu
kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan
Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed
Mokhtar yang kita kenali hari ini.