Sunday, February 12, 2012

Home » , , , » Peribahasa Oh Peribahasa

Peribahasa Oh Peribahasa

Kita pernah dengar tentang peribahasa "harapkan pagar, pagar makan padi". Dari kita sekolah rendah sehingga ke peringkat universiti, kita pasti menggunakan peribahasa ni dalam penulisan esei. Pernah tak kita terfikir bahawa penggunaan ayat pagar dalam peribahasa tu macam kurang sesuai. Bagaimana pagar boleh makan padi sedangkan pagar tiada mulut.



Tapi ada penemuan yang menarik dan sesetengah pasti tidak pernah terfikir tentang perkara ini.
Cuba bezakan dua sebutan ini.

"Harapkan pagar, pagar makan padi"
"Harapkan pegar, pegar makan padi"


Secara logiknya, adakah pagar boleh makan padi? Tidak boleh bukan. Bagaimana pula dengan pegar? Pasti anda tertanya-tanya. Pegar ni apa? Pegar dikenali dengan nama lain iaitu burung pegar atau ayam pegar. Orang dulu-dulu bela pegar ni untuk menjaga tanaman dari dimakan oleh serangga perosak.

Burung Pegar/Ayam Pegar

Telur ayam pegar/burung pegar lebih kecil dari telur ayam biasa

Ada satu lagi peribahasa yang disalah terjemahkan dari jawi ke rumi. Pernah dengar "seperti melepaskan batuk di tepi tangga" yang bermaksud membuat sesuatu kerja tetapi separuh jalan. Bagaimana signifikan batuk dengan kerja. Sedang batuk adalah tindakbalas yang kita tak boleh kawal.

Ok sekarang ni cuba sebut dua perkataan ni dan cari perbezaannya.

"Melepaskan batuk di tangga"
"Melepaskan batok di tangga"

 
Batok yang diperbuat dari tempurung kelapa.

Kalau anda ingin tahu, batok adalah sejenis perkakas yang diperbuat dari tempurung kelapa. Adat orang melayu dahulu kala, sebelum mereka naik ke atas rumah mereka akan membasuh kaki dekat tempayan. batok digunakan untuk mencedok air dari tempayan. Jadi "Melepaskan batok ditangga" bererti orang dahulukala tidak meletak balik batok di tempat asalnya, iaitu mereka meletakkan batok di atas tangga lepas digunakan.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free