Wednesday, May 30, 2012

Nazrey Johani - Muslimah


Oh muslimah
Allah cinta kepadamu
Rasulullah kasih kepadamu
Oh muslimah
Berbahagialah kau telah dilahirkannya dengan mulia
SubhanAllah
Tuhan telah berkati wanita yang cukup ilmu
Rendah hati

Oh muslimah
Busanamu menutup rapi
Auratmu kau lindungi dengan indahnya
Oh muslimah
Kau rajin memuji
Islam kau jadikan ikutan sejati
Oh muslimah
Memandangmu menyejuk hati
Menundukkan nafsu hati yang goyah
Keayuan wanita solehah indah peribadi
Tulus hatinya
Oh muslimah
Kecantikan yang sebenar
Pada tutur kata penuh berhikmah
Mempertahan kehormatan dirimu
Dengan pakaian mentaati Allah
Oh muslimah
Kau masuk ke syurga
Solat lima waktu dan berpuasa
Menundukkan pandangan matamu
Mentaati suami yang tercinta
Oh muslimah
Kau rajin mengaji
Islam kau jadikan
Ikutan sejati

Tajuk Nasyid : Muslimah
Artis : Nazrey Johani
Album : Permata Hati

Adab Tidur


Friday, May 18, 2012

10 Golongan Yang Dilaknat Kerana Arak

sumber: www.iluvislam.com

Monday, May 14, 2012

DiLarang Mencela

sumber: fattabiounimalaysia

Saturday, May 5, 2012

7 Golongan Yang Mendapat Naungan Allah Di Padang Mahsyar


Thursday, May 3, 2012

Solat Yang Sempurna


sumber: syababmusafirkasih

Thursday, April 26, 2012

Betapa Baiknya Allah pada Kita


Wednesday, April 25, 2012

Susah ker Nak Mendirikan Solat?


Wednesday, April 11, 2012

Cara Solat Sunat Dhuha Yang Ringkas.

Solat sunat dhuha di lakukan ketika matahari sedang naik dari pukul 8.00 pagi sehingga pukul 11.00 pagi. Solat sunat ini dilakukan sebanyak 2 rakaat. Boleh juga dilakukan 4,6,8 atau 12 rakaat dengan setiap 2 rakaat 1 salam atau 4 rakaat 1 salam.

Bagaimana cara untuk melakukannya?

Cara - cara untuk melakukan Solat Sunat Dhuha.


1. Rakaat Pertama "Allahuakbar & niat didalam hati"
  • "Sahaja aku solat sunat dhuha 2 rakaat kerana Allah Taala"
  • Baca surah Al-Fatihah 
  • Baca surah As-Syam adalah lebih afdal. Jika tak hafal boleh baca surah yang pendek.
2. Rakaat Kedua
  • Baca surah Al-Fatihah
  • Baca surah Ad-Dhuha adalah lebih afdal. Jika tak hafal boleh baca surah yang pendek.
  • Tahiyyat Akhir & salam.
3. Doa.
  • Doa pada Allah. Minta dimurahkan rezeki, diberi kesenangan di dunia dan akhirat.
  • Doa apa saja. Mengadu pada Allah. Insya'allah dimakbulkan doa kita.
  • Nak lebih cantik baca doa ni.. Doa selepas Solat Sunat Dhuha.


Tuesday, March 27, 2012

Himpunan Doa Untuk Mahasiswa & Mahasiswi

Mari Kita Amalkan..^_^

Rahsia Rukun Solat


Saturday, March 24, 2012

11 orang yang mendapat doa dari Malaikat.




1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.

Wednesday, March 21, 2012

Fursan - Keinsafan Diri


Tajuk Nasyid : Keinsafan Diri
Artis : Fursan 
 Album : Ibtida’

Disaat yang sepi ini
Ku duduk seorang diri
Memohon keampunan dari Ilahi
Bak lautan bergelombang
Siang malam pagi juga petang
Mengharapkan ketenangan
Dari Tuhan yang Esa

Betapa rimbunnya dosaku
Semua terlakar dilembah usiaku
Salah dan silap dimasa yang lalu
Kini ku sesali
Ku tidak layak ke syurgaMU
Namun tak sanggup ke nerakaMU
Ku tunduk sujud merendah diri
Kembali padaMu
Ku tetap setia
PadaMu oh Tuhanku
Akan ku patuhi segala
SuruhanMu
Akan ku jauhi
Segala laranganMu
Itulah tanda cinta
Cinta Ilahi

Tuesday, March 20, 2012

Law Kana Bainana Al Habeeb


Lirik dalam Bahasa Arab dan Melayu

Kalau Kekasih (Nabi) di kalangan kita : لو كان بيننا الحبيب
Akan datang kepada kita yang jauh dan yang dekat : لدينا القاصى والقريب
Dari Taibah sebelum Magrib : من طيبة قبل المغيب
Berkehendakkan dekat dengan Kekasih : طالبا قرب الحبيب

Dengan dekat dengannya hati menjadi tenang : بقربه نفس تطيب
Dan berdoalah kepada Allah, akan dijawabNya : فتدع الله يجيب
Cahayanya mekar takkan padam : انوار طاح لا تغيب
Sampaikanlah pertemuan kami wahai yang Maha Menjawab : بلغنا لقاه يا مجيب

Untukmu kuserahkan diri aku wahai Kekasih : فدتك روحي يا حبيب
Muhammad yang memuliakan orang asing : محمد مكرم الغريب
Dengan dekat denganmu hati menjadi tenang : بقربك الروح تطيب
Wahai rahmat sekelian alam : يا رحمة للعالمين

English Subtitle / Translation

If the beloved (saw) were among us
Those from far & near will come to him (saw)
Hoping to see the sun of goodness before it sets
Desiring to be near to Him (saw)

In this company the soul feels great
On that moment If it prays to Allah, Allah will surely answer
The light of Taha (saw) will not cease to exist
Oh Ya Allah who answers prayer, please fulfill our hope to meet him (saw)

I am willing to sacrifice my life for you
Oh beloved (saw) Muhammad saw honor of strangers
In your company the soul feels great
Oh mercy to all the worlds (saw)

50 Perkara Dari Syed Mokhtar Al-Bukhary

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary merupakan seorang billionaire di Malaysia dan di senaraikan orang no 5 terkaya di Malaysia pada tahun 2012. Mempunyai aset sekitar RM 9.53 billion. Mari kita selidik latar belakang Tan Sri Syed Mokhtar.


Latar belakang Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

  • Umur – 53 tahun
  • Pendidikan – SPM
  • Mula berniaga – 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
  • Kekayaan -RM 9.53 billion
  • Ke 5 terkaya di Malaysia(2012)
  • Antara syarikat miliknya – MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
  • Kereta – Proton Perdana
  • Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary,institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.
  • Bagaimana sumbangan sosialnya bermula – Bilamana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun ( RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

Sejarah Operating System


Sunday, March 18, 2012

Hermitage Tower Plaza

Hermitage Tower Plaza akan dibina di Paris, Perancis. Menara berkembar ini adalah rekaan Fosters dan Partner dan ianya akan menjadi menara tertinggi di Eropah. Ianya akan siap pada tahun 2016 dengan ketinggian 323 meter. Hermitage Tower Plaza mempunyai apartment di bahagian atas manakala di bahagian bawah akan disewakan sebagai ruang pejabat. Projek mega ini akan menelan belanja Euro 2.5 billion kalau ditukar ke ringgit malaysia dalam RM 9.9 billion.



Diet Rasulullah

sumber: MedikTV

Saturday, March 3, 2012

Krisis Mata Wang Zimbabwe

Kadar inflasi di negara Zimbabwe kian parah dan meningkat sehingga ke 2.2 juta peratus. Apa!..Ya, 2.2 juta peratus dan inflasi di negara ini adalah yang tertinggi di dunia dengan harga barangan naik mendadak antara 30 hingga 40 peratus setiap hari. Untung kita duduk Malaysia. Ada subsidi dan kenaikkan harga barang di kawal. Untuk membeli 3 biji telur harganya adalah 100 billion. Nah, korang boleh tengok macam mana orang Zimbabwe bawak duit diorang.


Friday, March 2, 2012

Sunnah-sunnah & Adab-adab Hari Jumaat.

sumber: fattabiounimalaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free