Monday, October 24, 2011

Bila Haiwan Boleh Bercakap.


Tuesday, October 18, 2011

My Heart Will Go On - Sungha Jung

Fingerstyle!!


Workstation yang Cool dan Gempak.

Teringin nak ada workstation macam ni..






Sunday, October 16, 2011

Nikolai Shurygin - Pelukis yang gempak

Nikolai Shurygin lahir pada tahun 1957 di Kimry,Rusia. Ini bermakna, umur si Nikolai ni sama baya dengan tahun kemerdekaan kita iaitu 54 tahun. Pada tahun 1979, beliau telah menghabiskan pengajian di Moscow School dalam bidang arts design. Ketelitian karyanya telah mendapat perhatian kerana hasil kerja yang sangat menakjubkan. Lukisan yang dilukis oleh Nikolai sangat realistik di setiap karya yang dicipta beliau.



Saturday, October 15, 2011

Basikal Transformer.

Basikal yang kelihatan seperti transformer ni sangat hebat. Basikal ni menggunakan tenaga elektrik untuk bergerak. Apa yang cool nya, basikal ni bila tidak digunakan kita boleh lipat basikal ni menjadi bentuk robot untuk disimpan. Harga sebuah basikal ni dianggarkan dalam RM 7000++..





Friday, October 14, 2011

Hotel Kapsul.

Hotel kapsul merupakan sebuah hotel yang unik untuk lelaki di Jepun yang asyik sibuk dengan kerja dan tak ada masa nk balik rumah. Ianya merangkumi satu blok yang kecil yang dilengkapi dengan TV, Wireless Internet, cermin dan alarm clock. Bilik ini berada didalam kedudukan sebaris dan dua tingkat. Setiap pengunjung akan diberi satu loker untuk mereka menyimpan barang-barang mereka manakala bilik air pula mereka kena kongsi. Harga semalam untuk bilik kecil ni adalah dari USD$ 30 sehingga USD$ 50. Hotel kapsul kini mula dibuka di Shanghai dan Poland.







Thursday, October 13, 2011

Mari Uji Kesihatan Mata Anda.


Perhatikan imej diatas..
Jika anda melihat imej diatas bergerak bermakna mata anda normal.
Jika tidak..baik anda pergi ke hospital buat pemeriksaan mata.

Fakta Menarik Yang Anda Perlu Tahu.


Wednesday, October 12, 2011

Menara Anara Di Dubai

Selepas Burj Dubai satu lagi mercu tanda akan dibina di Dubai. Menara baru ni dipanggil Menara Tower dan tinggi menara ni kurang 500 kaki dari Burj Dubai yang memnpunyai ketinggian 2150 kaki. Menara ni ad keunikan dari reka bentuknya terutama sekali bahagian kipas yang besar di bahagian atas.

Di tengah - tengah kipas ini akan menjadi satu hub yang berdinding dan bersiling kaca mengandungi restoran paling mewah didunia. Kipas besar ni tak boleh berpusing macam kincir angin.

Menara ni bakal mengandungi 300 unit pangsapuri yang super-mahal, 250 bilik hotel yang mewah dan juga taman setiap 27 tingkat.





Thursday, September 22, 2011

Fakta Menarik Tentang Otak..



Friday, September 9, 2011

Jalan Raya Berlipat.

Anda pernah lihat jalan raya yang anda lalu tiba-tiba merekah dan berlipat. Jalan di Kota Mianyang, Sinchuan, China yang terletak di sebelah Barat Kota Miayang retak akibat kerana suhu tinggi. Jalan raya itu bukan sahaja retak malah melengkung seolah-olah terlipat setinggi 50 cm.


Thursday, September 8, 2011

Pilihan Hati: Si A atau Si B?

Assalamulaikum wbt.

Tajuk entri kali ini agak berlainan dari tajuk yang selalu aku post atau tulis. Tiba-tiba aku teringin nak tulis satu entri yang luar dari kotak pemikiran aku sendiri. Dari tajuk entri, aku pasti semua orang tahu ianya berkaitan dengan soal jodoh.

Membuat pilihan jodoh adalah satu perkara yang sukar kerana setiap orang yang kita ingin pilih mempunyai kelebihan serta kebaikan masing-masing. Kadang kala kelemahan yang terdapat pada pilihan hati kita, membuatkan kita berhati-hati serta bimbang dalam membuat pilihan.

Apa yang penting adalah usaha kita untuk mengetahui latar belakang insan yang kita ingin jadikan teman hidup. Kita bukan ingin mencari kesempurnaan tetapi untuk mencari bakal teman hidup memerlukan persediaan yang penting.Seeloknya kita berbincang dengan ibu bapa kita atau orang -orang yang mempunyai ilmu dalam hal-hal yang berkaitan dengan soal jodoh. Bukan kita meminta untuk orang lain membuat keputusan buat diri kita tetapi mendapatkan pandangan agar kita dapat memilih teman hidup dengan lebih teliti.

Setiap orang pasti akan terbit persoalan di hati masing-masing dikala kita ingin membuat pilihan. Lantas melahirkan satu perasaan dimana kita berasa takut dalam membuat keputusan untuk pernikahan. Bukankah kita telah diajar oleh Rasulullah s.a.w untuk melakukan solat istikharah jika mendapat kesulitan dalam membuat pilihan. Percayalah bahawasanya, Allah sentiasa bersama-sama dengan orang yang selalu melakukan kebaikan dan juga yang sentiasa ingin berubah kearah kebaikan.

Disaat waktu ini, kita berusahalah untuk mencari calon suami/isteri yang beriman. Suami/isteri yang baik tidak semestinya memiliki pasangan yang baik bahkan pasangan hidup kita boleh sahaja menjadi ujian dalam hidup kita. Oleh itu, telah menjadi tanggungjawab kita untuk saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain dan memberi tunjuk ajar dalam memimpin keluarga yang dibina ke jalan yang di redhai Allah.

Tuesday, September 6, 2011

Renungan - Nasihat

"Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada adalah DIAM. Bahasa yang paling manis adalah SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK."

Monday, September 5, 2011

10 Kereta Api Paling Laju


Kereta Api..Semua orang kenal pengangkutan awam ni dan digunapakai sejak dari dulu lagi..Mungkin kerana tambang untuk naik kereta api ni murah dan tak ada trafik jam kat tengah-tengah landasan. Nah!..aku nak kongsi 10 kereta api yang laju kat dunia ni..

10)Russia


 Kereta Api: Siemens Velaro RUS
Kelajuan: 175 mph
Kapasiti: 600 orang
  
Siemens Velaro merangkumi laluan dari Moscow ke St. Petersburg. Operasi kereta api ini bermula pada Disember 2009. Kereta api buatan Jerman ni boleh mencapai kelajuan maksimum sehingga 155 batu sejam tetapi telah memecahkan rekod kelajuan maksimum sehingga 175 batu sejam pada satu ujian dalam tahun 2009.

9)Taiwan

 Kereta Api: THSR 700T

Kelajuan: 186 mph

Kapasiti: 989 orang
 
 Kereta api dari negara Taiwan ini telah menelan belanja sebanyak $ 1.8 billion dan merupakan projek pembiayaan sendiri terbesar didunia. Dengan kereta api ini. perjalana dari northern capital of Taipei ke southern city of Kaoshiung berjaya disingkatan dan perjalanan yang sebelum ini memakan masa 4 jam lebih menjadi 90 minit..

8)Korea Selatan.



 Kereta Api: KTX-II
Kelajuan: 190 mph

Kapasiti: 965 orang
Di Korea Selatan kereta, KTX atau Korea Train Express boleh membawa lebih 100 ribu penumpang setiap hari ke destinasi yang dituju. Ianya telah diperkenalkan pada tahun 2004 dan kereta api ini mampu menjimatkan masa perjalanan dari Kota Seoul ke Bandar Perlabuhan Busan dalam masa 2 jam 45 minit, yakni separuh dari masa yang digunakan untuk sampai kedua - dua destinasi ini.

7)United Kingdom.


Kereta Api: Eurostar 3313/14
Kelajuan: 208 mph

Kapasiti: 750 orang

Eurostar mula beroperasi pada tahun 1994 dan kereta api ini menghubungkan England dengan bandar di France dan juga Belgium melalui terowong bawah tanah yang dikenali sebagai Chunnel. Ianya menghubungkan seluruh Eropah dan telah mencatatkan rekod kereta api paling laju di Britain dengan kelajuan 208 mph pada tahun 2003

Wednesday, August 17, 2011

Hotel Angkasa Lepas.

Anda pernah ada impian untuk pergi ke angkasa lepas..Nah!..sebuah syarikat dari negara Russia bernama Orbital Technologies telah menyiarkan beberapa lukisan berkonsep Stesen Angkasa Komersil. Stesen ini bakal menjadi sebuah hotel bg pelancong yang mempunyai impian untuk ke angkasa lepas. Nak tahu kos seorang untuk ke stesen ni? Kos untuk ke stesen ini menelan belanja $410,000 seorang manakala kos penginapan untuk 5 hari menelan belanja $165,000..dan dijangka akan beroperasi menjelang 2016..So korang nak pergi ke stesen ni..sediakan $575,000 bersamaan RM 1.7 juta..kalu ada impian nak pergi ke stesen ni..start menabung dari sekarang..



Tuesday, August 16, 2011

Hard Disk Pertama Di Dunia..

Kalau kita tengok sekarang hardisk macam-macam hard disk yang kita boleh jumpa..untuk notebook yang bersaiz 2.5" manakala 3.5" untuk hard disk PC..kapasiti?..jangan cerita la..dah tak main la 128MB, 256 MB..sekarang ni.dh cecah 1 Terabyte..fuuhh!!..besar tu..tapi pernah tak kita terfikir..macam mana rupa hard disk pertama yang dikeluarkan..berapa kapasitinya..berapa harganya..

Hard disk pertama dikeluarkan oleh IBM pada 4 september 1956, diberi nama 305 RAMAC.. Harga sebuah har disk ni bernilai $250, 000..manakala kapasiti untuk hard disk ini adalah cuma 5MB..apa 5MB?..terkejut bukan..dengan saiz ni pada masa kini..kita cuma mampu simpan 1 atau 2 lagu dalam format MP3..dan yang paling dasyhat..berat hard disk ni 1 TAN!!!..ni kena angkut dengan lori ni..



Wednesday, August 10, 2011

Untuk Peminat Android..


Monday, August 8, 2011

Renungan Bulan Ramadhan.

"Jangan terlalu asyik memikirkan dunia yang sementara hingga kita lupa akan akhirat yang kekal selamanya.."

Sunday, July 31, 2011

Selamat Meyambut Ramadhan Al-Mubarak..

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat islam di dunia.
Moga ramadhan kali ini berlalu dengan penuh makna. Mari kita sama-sama meningkatkan amalan ibadah kita dibulan yang mulia ini.

Monday, July 25, 2011

Pulau Tuvalu.

Pulau Tuvalu atau lebih dikenali sebagai Ellice Island adalah gugusan pulau daripada 9 gugusan pulau yang terletak di Lautan Pasifik diantara Hawaii dan Australia. Negara yang berjiran dengan pulau ini adalah Kiribati, Nauru, Samoa dan Fiji. Keluasan pulau ini hanya 26 kilometer persegi dan berada hanya pada 4.5 meter dari aras laut. Pulau ini akan tenggalam dari peta dunia dan dijangkakan 50 tahun akan datang. Ini kerana peningkatan paras laut dunia akibat dari pemanasan global yang sedang melanda dunia.










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free