Monday, December 19, 2011

Top 10 most Expensice Sports Cars in The World

Saturday, December 17, 2011

Top 10: Most Popular Car in The Future




Wednesday, November 16, 2011

Apa itu Bell's Palsy?

Pernah tak anda dengar penyakit bell's palsy? pasti ada yang pernah dengar dan ada yang baru dengar.

Bell's Palsy adalah penyakit kelumpuhan saraf muka yang menyebabkan ketidakmampuan mengawal otot muka pada sisi yang terkena. ianya bersifat sementar. ada beberapa kemungkinan yang menyebabkan kelumpuhan ini seperti barah otak, stroke dan penyakit lyme. penyakit ini dinamakan sempena ahli anatomi yang menemuinya pertama kali iaitu Sir Charles Bell berasal dari Scotland. Penyakit ini berkaitan dengan kerosakan saraf. ianya boleh didapati dalam 2 diantara 10,000. sebab penyakit ini masih tidak dapat dijelaskan.

Penyakit ini tiada rawatan. 85% akan sembuh dalam masa 3 minggu manakala selebihnya mengambil masa 3 - 6 bulan walaupun tidak sepenuhnya. antara masalah penyakit ini adalah
 kesukaran untuk menutup kelopak mata.
  • perubahan dan luahan muka (contohnya menggerenyot muka)
  • kesukaran ketika makan dan minum
  • melelehkan air liur kerana tidak dapat mengawal otot muka
  • kelopak mata atau sudut mulut yang lemah
  • mata atau mulut yang kering
  • rasa tegang di muka atau rasa ditarik ke sebelah satu lagi
  • kelumpuhan muka pada satu bahagian yang menyukarkan untuk menutup satu mata
  • sakit kepala
  • kehilangan deria rasa
  • sakit di belakang atau di depan telinga
  • kepekaan kepada bunyi terjejas pada bahagian yang terkena penyakit
  • gerenyetan di muka
  • rasa lemah di muka

Wednesday, November 2, 2011

Jumlah Kematian Akibat Kekejaman Amerika

Tuesday, November 1, 2011

Fakta Menarik Tentang Negara China

Menara Lego Tertinggi di Dunia.

Menara lego tertinggi di dunia telah berjaya dibina menggunakan 50,000 kiub lego. Menara ini telah didirikan di Sao Paolo,Brazil. Struktur menara lego ini disokong oleh wayar khas bagi mengelakkan daripada runtuh dan kren terpaksa digunakan untuk proses pencantuman antara kiub-kiub lego ni. Yang menariknya, menara lego ini dibina oleh kipas-susah-mati atau bahasa inggerisnya die hard fan lebih dari 6,000 orang dan majoriti dari buruh-buruh lego ini adalah kanak-kanak.

Pihak dari lego telah menghantar wakil iaitu pereka dari Denmark untuk memastikan menara ini mencapai ketinggian 102,333 kaki. Anda kenal Cafu? Bekas kapten pasukan bola sepak Brazil suatu ketika dahulu turut turun padang untuk meletak kiub terakhir pada menara lego ini. Ketinggian menara lego di Sao Paolo ini berjaya memecahkan rekod menara lego sebelum ini yang telah dilakukan di Chile pada tahun 2008 dengan perbezaan 10 inci. Untuk pengetahuan anda semua, menara lego pertama telah dibina di kota London pada tahun 1988 dengan hanya berketinggian 50 kaki.

 

Renungan - Adab

“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat”

Monday, October 24, 2011

Bila Haiwan Boleh Bercakap.


Tuesday, October 18, 2011

My Heart Will Go On - Sungha Jung

Fingerstyle!!


Workstation yang Cool dan Gempak.

Teringin nak ada workstation macam ni..






Sunday, October 16, 2011

Nikolai Shurygin - Pelukis yang gempak

Nikolai Shurygin lahir pada tahun 1957 di Kimry,Rusia. Ini bermakna, umur si Nikolai ni sama baya dengan tahun kemerdekaan kita iaitu 54 tahun. Pada tahun 1979, beliau telah menghabiskan pengajian di Moscow School dalam bidang arts design. Ketelitian karyanya telah mendapat perhatian kerana hasil kerja yang sangat menakjubkan. Lukisan yang dilukis oleh Nikolai sangat realistik di setiap karya yang dicipta beliau.



Saturday, October 15, 2011

Basikal Transformer.

Basikal yang kelihatan seperti transformer ni sangat hebat. Basikal ni menggunakan tenaga elektrik untuk bergerak. Apa yang cool nya, basikal ni bila tidak digunakan kita boleh lipat basikal ni menjadi bentuk robot untuk disimpan. Harga sebuah basikal ni dianggarkan dalam RM 7000++..





Friday, October 14, 2011

Hotel Kapsul.

Hotel kapsul merupakan sebuah hotel yang unik untuk lelaki di Jepun yang asyik sibuk dengan kerja dan tak ada masa nk balik rumah. Ianya merangkumi satu blok yang kecil yang dilengkapi dengan TV, Wireless Internet, cermin dan alarm clock. Bilik ini berada didalam kedudukan sebaris dan dua tingkat. Setiap pengunjung akan diberi satu loker untuk mereka menyimpan barang-barang mereka manakala bilik air pula mereka kena kongsi. Harga semalam untuk bilik kecil ni adalah dari USD$ 30 sehingga USD$ 50. Hotel kapsul kini mula dibuka di Shanghai dan Poland.







Thursday, October 13, 2011

Mari Uji Kesihatan Mata Anda.


Perhatikan imej diatas..
Jika anda melihat imej diatas bergerak bermakna mata anda normal.
Jika tidak..baik anda pergi ke hospital buat pemeriksaan mata.

Fakta Menarik Yang Anda Perlu Tahu.


Wednesday, October 12, 2011

Menara Anara Di Dubai

Selepas Burj Dubai satu lagi mercu tanda akan dibina di Dubai. Menara baru ni dipanggil Menara Tower dan tinggi menara ni kurang 500 kaki dari Burj Dubai yang memnpunyai ketinggian 2150 kaki. Menara ni ad keunikan dari reka bentuknya terutama sekali bahagian kipas yang besar di bahagian atas.

Di tengah - tengah kipas ini akan menjadi satu hub yang berdinding dan bersiling kaca mengandungi restoran paling mewah didunia. Kipas besar ni tak boleh berpusing macam kincir angin.

Menara ni bakal mengandungi 300 unit pangsapuri yang super-mahal, 250 bilik hotel yang mewah dan juga taman setiap 27 tingkat.





Thursday, September 22, 2011

Fakta Menarik Tentang Otak..



Friday, September 9, 2011

Jalan Raya Berlipat.

Anda pernah lihat jalan raya yang anda lalu tiba-tiba merekah dan berlipat. Jalan di Kota Mianyang, Sinchuan, China yang terletak di sebelah Barat Kota Miayang retak akibat kerana suhu tinggi. Jalan raya itu bukan sahaja retak malah melengkung seolah-olah terlipat setinggi 50 cm.


Thursday, September 8, 2011

Pilihan Hati: Si A atau Si B?

Assalamulaikum wbt.

Tajuk entri kali ini agak berlainan dari tajuk yang selalu aku post atau tulis. Tiba-tiba aku teringin nak tulis satu entri yang luar dari kotak pemikiran aku sendiri. Dari tajuk entri, aku pasti semua orang tahu ianya berkaitan dengan soal jodoh.

Membuat pilihan jodoh adalah satu perkara yang sukar kerana setiap orang yang kita ingin pilih mempunyai kelebihan serta kebaikan masing-masing. Kadang kala kelemahan yang terdapat pada pilihan hati kita, membuatkan kita berhati-hati serta bimbang dalam membuat pilihan.

Apa yang penting adalah usaha kita untuk mengetahui latar belakang insan yang kita ingin jadikan teman hidup. Kita bukan ingin mencari kesempurnaan tetapi untuk mencari bakal teman hidup memerlukan persediaan yang penting.Seeloknya kita berbincang dengan ibu bapa kita atau orang -orang yang mempunyai ilmu dalam hal-hal yang berkaitan dengan soal jodoh. Bukan kita meminta untuk orang lain membuat keputusan buat diri kita tetapi mendapatkan pandangan agar kita dapat memilih teman hidup dengan lebih teliti.

Setiap orang pasti akan terbit persoalan di hati masing-masing dikala kita ingin membuat pilihan. Lantas melahirkan satu perasaan dimana kita berasa takut dalam membuat keputusan untuk pernikahan. Bukankah kita telah diajar oleh Rasulullah s.a.w untuk melakukan solat istikharah jika mendapat kesulitan dalam membuat pilihan. Percayalah bahawasanya, Allah sentiasa bersama-sama dengan orang yang selalu melakukan kebaikan dan juga yang sentiasa ingin berubah kearah kebaikan.

Disaat waktu ini, kita berusahalah untuk mencari calon suami/isteri yang beriman. Suami/isteri yang baik tidak semestinya memiliki pasangan yang baik bahkan pasangan hidup kita boleh sahaja menjadi ujian dalam hidup kita. Oleh itu, telah menjadi tanggungjawab kita untuk saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain dan memberi tunjuk ajar dalam memimpin keluarga yang dibina ke jalan yang di redhai Allah.

Tuesday, September 6, 2011

Renungan - Nasihat

"Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada adalah DIAM. Bahasa yang paling manis adalah SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK."
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free