Saturday, July 16, 2011

Jambatan Terpanjang Di Dunia.

China telah pun melakukan satu rekod baru dengan membina jambatan terpanjang di dunia yang merentasi laut. Jambatan ni diberi nama jambatan Teluk Jioazou yang menghubungkan bandar pelabuhan timur Qingdao ke pesisir Pulau Huangdao. Jambatan ini menelan kos lebih AS $1.5 billion dan berukuran 42 kilometer panjang dan lebar 35 meter. Jambatan ni disokong oleh 5,000 tiang mengambil masa 4 tahun untuk disiapkan.











Wednesday, July 13, 2011

Fakta Tentang Gajah.

1.   Gajah adalah satu-satunya mamalia yang tidak boleh melompat.
2.   Gajah mempunyai kadar degupan nadi yang perlahan iaitu kira-kira 20-30 degupan seminit
3.   Seekor gajah boleh hidup sehingga usia 70 tahun tapi ada juga yang lebih dari itu.
4.   Gajah boleh belajar sehingga 60 jenis arahan yang berlainan.
5.   Gajah boleh minum sehingga 80 gelen air sehari, kira-kira bersamaan 302.832943 liter
6.   Belalai gajah boleh menyimpan sehingga 2.5 gelen air pada satu masa bersamaan 9.46352946 liter.
7.   Pada tahun 1916 seekor gajah dibicarakan dan dihukum gantung atas kesalahan membunuh di Erwin, Tennessee, USA
8.   Pada Perang Dunia ke 2, bomb pertama yang dijatuhkan oleh tentera bersekutu ke atas Berlin telah membunuh satu-satunya gajah di Zoo Berlin.
9.   Gajah adalah haiwan kebangsaan negara Thailand.
10. Gajah liar boleh makan sebanyak 100-1000 pound tumbuh-tumbuhan dalam masa 16 jam.
11. Gajah boleh mengeluarkan tahi sebanyak 80 pound dalam satu hari.
12. Berat gigi gajah boleh mencapai sehingga 3kg.
13. Hanya gajah, dolphin dan beberapa jenis monyet yang boleh mengecam muka mereka di dalam cermin.
14. Gajah boleh berlari sehingga 24mph tapi pada jarak yang singkat.
15. Gajah hidup dalam kumpulan (kawanan) atau dalam bahasa Inggeris disebut herd yang hanya ada ibu dan anak-anak gajah sahaja
16. Bapa gajah akan meninggalkan kumpulan apabila usia mereka mencecah 12 tahun
17. Gajah tidur berdiri.
18. Tapi ada juga anak gajah yang mampu tidur berbaring
19. Gajah menyejukkan badan dengan mengipas-ngipas telinganya. Perbuatan ini akan menyebabkan darah di bahagian telinga menjadi sejuk dan darah tersebut akan mengalir ke seluruh badan gajah dan menyejukkan gajah tersebut.
20. Gajah boleh mengandung sehingga 2 tahun dan ini merupakan tempoh kandungan paling lama bagi haiwan di darat.

Monday, July 11, 2011

Cara yang UNIK untuk Parking Kereta..

Adakah anda mengalami kesusahan untuk parking kereta? Video ni ada tips yang sesuai untuk anda yang kurang mahir meletak kenderaan. Jom kita tengok..


Ha..macam mana? Unik tak? Hahaha.
Pasti ramai yang pernah mengalami situasi macam ni bila pertama kali dapat lesen kereta..
Tapi hati-hati jangan sampai membahayakan orang lain. Bak kata orang putih..Practice makes perfect..

Bila kereta dah teruk boleh beli kereta baru..^^

 
 

Wednesday, June 29, 2011

Renungan - Pengembara


"Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki."

Thursday, June 23, 2011

Tahniah Harimau Malaya.

Skuad Olimpik Malaysia telah menamatkan penantian untuk layak ke Sukan Olimpik. Malaysia telah mengalahkan Lubnan dengan aggregate 2 - 1. Goal-goal Malaysia di jaringkan oleh Irfan Fazail pada minit ke 8 dan Wan Zack Haikal pada minit ke 41, manakala goal Lubnan dijaringkan oleh Chadie Atie, Lubnan pada minit ke 63.

Berikut adalah Highlight dari perlawanan antara Malaysia menentang Lubnan.



Goal Pertama Malaysia(Irfan Fazail Minit ke 8)

 

 Goal Kedua Malaysia(Wan Zack Haikal minit ke 41) 

Tahniah buat skuad B23 Malaysia kerana telah melayakkan diri ke Sukan Olimpik 2012.

Wednesday, June 22, 2011

Renungan - Pujangga

 
"Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu."

Tuesday, June 21, 2011

Budak Lelaki Menari Dengan Xbox Kinect.

Sangat Cool!!..
Budak lelaki ni menari x hengat dunia dah..
Berlatar belakangkan lagu Disturbia, lagu yang di nyanyikan oleh Rihanna.
Budak  ni menari mengikut rentak lagu yang ditunjukkan di televisyen melalui permainan Xbox 360 kinect.



Friday, June 17, 2011

7 Makanan Paling Mahal Di Dunia.

Kalau kita makan kat kedai makan. Kata kan la korang order nasi goreng kampung dengan teh o ais. Dah puas makan, kenyang tak ingat. Lepas tu anda mintak tokeh kedai makan kira. Lepas di tambah, di diskaun, Jumlah keseluruhan Rm 10. Apa perasaan korang. Mesti macam nak bakar kedai tu kan. Untuk nasi goreng kampung dengan teh o ais serius tidak berbaloi. Tapi pernahkah anda terfikir makanan yang harganya, dah boleh beli kereta honda civic sebiji. Dah boleh bayar ansuran rumah bulan-bulan & juga dah boleh buat duit hantaran nak kahwin. Jom kita tengok, makanan paling mahal kat dunia. Aku rasa lepas korang tengok harga makanan ni, mesti korang geleng kepala.

1.The Zillion Dollar Fritatta.
      Harga: $1000 (RM 3026.65)

2.Matsutake Mushroom 
Harga: $2000(RM 6053.31)/kilo

3.Italian White Alba Truffle
Harga:$160,406(RM 485493.37)/kilo

4.Kobe Beef 
Harga:$770(RM 2330.52)/kilo

5. Grand Opulence Sundae 
Harga: $1000 (RM 3026.65)

6.Almas White Caviar 
Harga: $25,000(RM 75666.34)/kilo 

7.Samundari Khazanah 
Harga: $2000(RM 6053.31)

Amacam. Anda berani nak cuba?

The New Myvi

Semalam, perodua telah melancarkan model Myvi 2011. Model terbaru ni akan menggantikan model myvi terdahulu. Terdapat juga model Myvi Elegance, dimana Myvi ini didatangkan dengan front skirting, side skirting, rear skirting, spoiler dan juga beberapa penambahan dari model Myvi yang standard.


Untuk maklumat lanjut tentang Myvi model baru ini. Anda boleh melayari website Perodua.


Thursday, June 16, 2011

Fenomena gerhana bulan penuh esok

KUALA LUMPUR: Orang ramai berpeluang menyaksikan fenomena gerhana bulan sepenuhnya antara jam 1.25 pagi dan 7.01 pagi esok, menurut Agensi Angkasa Negara.

Fasa penumbra (P1) akan berlaku pada jam 1.25 pagi namun kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayang penumbra yang kurang gelap.
"Gerhana yang jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi (U1) mulai jam 2.23 pagi sehingga gerhana maksimum berlaku pada jam 4.13 pagi.
"Bulan akan mula keluar dari bayang umbra bumi (U3) pada jam 5.03 pagi dan keluar sepenuhnya dari bayang Bumi (U4) pada jam 6.02 pagi," menurut kenyataan agensi itu hari ini.

Angkasa itu menyatakan bahawa gerhana masih terus berlaku sehingga jam 7.01 pagi tetapi fenomena tidak dapat disaksikan pada waktu terbabit kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap. - BERNAMA

sumber dari berita harian.


Wednesday, June 15, 2011

Senarai Website yang Di Sekat Oleh SKMM.

1. Http://www.warez-bb.org
2. Http://www.thepiratedbay.org
3. Http://www.movie2k.to
4. Http://www.megavideo.com
5. Http://www.putlocker.com
6. Http://www.depositfiles.com
7. Http://www.duckload.com
8. Http://www.fileserve.com
9. Http://www.filestube.com
10. Http://www.megaupload.com

terima kasih kerana anda menyekat website-website ni..usaha anda amat saya hargai. apa kata anda sekat ulak facebook, blogger serta website seangkatan. Yelah, website-website ni kan boleh menyebarkan fitnah dan boleh mengugat dan memberi ancaman kepada keselamatan negara. Oh ya..lupa nak cakap, tak payah la upgrade internet tu ke unifi. apa guna kalau internet laju. tapi kebanyakkan website di sekat. sekian terima kasih.

Tuesday, June 14, 2011

Televisyen berusia 75 tahun berharga RM82,850




Set televisyen tertua di Britain yang masih berfungsi dengan baik dijual dalam satu lelongan pada harga £16,800 (RM82,950) iaitu tiga kali ganda lebih tinggi daripada harga ramalan, laporan sebuah akhbar kelmarin. Set televisyen elektronik jenama Marconi 702 itu yang berharga £99.15 (RM490) dibeli oleh seorang lelaki, G. B. Davis tiga minggu selepas siaran televisyen pertama di Britain dipancarkan di sini, pada tahun 1936. Ia kini menjadi milik seorang pembeli dari Amerika Syarikat (AS) selepas dia membelinya dalam satu lelongan anjuran Rumah Lelongan Bonhams di sini kelmarin. "Saya pernah mengendalikan lelongan 38 buah televisyen lama sebelum ini dan ini adalah yang terbaik dan ia datang bersama invois asal," kata seorang pakar Bonhams, Laurence Fisher Set televisyen berusia 75 tahun itu yang dijual oleh keluarga pemilik asalnya memiliki skrin bersaiz 30.48 sentimeter dan berada dalam kotak kayu.

Friday, June 10, 2011

Ramai lelaki tak pandai beli-belah.

LONDON: Lelaki bergantung kepada isteri atau pasangan untuk membeli separuh daripada pakaian masing-masing, manakala mereka hanya membeli 30 peratus pakaian sendiri.

Kajian oleh jenama fesyen Joe Browns menyatakan, wanita menghabiskan purata dua jam setiap bulan atau 24 jam setahun bersamaan dengan 40 hari sepanjang hayat mereka membeli pakaian untuk suami dan kekasih.
Sebagai perbandingan, lelaki menghabiskan yang jauh lebih sedikit untuk membeli pakaian iaitu kira-kira 50 minit sebulan atau 16.6 hari sepanjang hayat mereka.
Tinjauan membabitkan 1,984 orang dewasa berusia 18 hingga 50 tahun mendedahkan bahawa baki peratus dipenuhi dengan hadiah daripada rakan dan keluarga.

Bagaimanapun, lelaki didapati mempunyai kecenderungan dua kali ganda untuk membeli sehelai pakaian ‘must buy’ berbanding wanita.

“Amat jelas bahawa wanita di Britain mementingkan gaya tetapi menghabiskan banyak masa untuk membentuk penampilan pasangan atau teman lelaki mereka,” kata jurucakap Joe Browns, Simon Brown yang dipetik Daily Mail. – Agensi

sumber dari: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Ramailelakitakpandaibeli-belah/Article.

jadi apa pendapat anda semua..sila komen..=)

Tuesday, June 7, 2011

HTC Evo 3D

Awesome..



Teknik Penyamaran Yang Hebat.

HAHAHAHA..Kelakar tengok gambar-gambar penyamaran ni.. 












Demo Windows 8.


Whoaa!..sangat hebat..Interface yang sangat canggih..Jom kita tengok video tentang windows 8 ni. Aku sangat teruja menunggu windows 8 ni.

Monday, June 6, 2011

Cara-Cara Mengawal Kemarahan.


Sifat marah didalam diri manusia adalah lumrah dan juga sifat semula jadi manusia. Ada orang yang mudah marah dan lemah lembut. Marah bukan satu sifat yang boleh di buat-buat tetapi biasanya didahului sesuatu perkara yang menyebabkan seseorang itu marah. Seseorang yang sedang marah akan hilang kewarasan fikirannya. Kadang kala sifat marah ini berlanjutan sehingga menimbulkan permusuhan sesama manusia. Untuk mengawal sifat marah adalah bukan satu perkara yang mudah. Terdapat beberapa cara yang diajar oleh Rasulullah s.a.w dalam mengawal perasaan marah antaranya:

1. Mengucapkan Taawudz (A'udzu billahi minasy syaithoonir rajeem – Aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang terkutuk). Ini adalah kerana perasaan marah itu timbul dari hasutan syaitan.
2. Diam atau tidak berbicara.
3. Jika semasa timbul perasaan marah itu seseorang itu sedang berdiri maka hendaklah dia duduk. Jika tidak reda juga maka hendaklah dia baring.
4. Berwuduk kerana air wuduk itu dapat menenangkan jiwa yang sedang marah.

"Kehebatan seseorang itu bukan terletak pada kecantikan atau kekuatan tetapi terletak pada kehebatan mereka mengawal perasaan marah. "

Seni Ukiran Pasir Yang Menakjubkan







Sunday, June 5, 2011

Renungan - Pengembara

"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan" 


Kampung Di Tengah Lautan.

Pernah tak anda terfikir..Di tengah-tengah lautan yang luas, tiba-tiba ada sebuah kampung terpacak kat situ..ajaib dan menarik bukan?..jom kita tengok gambar perkampungan di tengah laut di negara Filipina.

 




ajaib dan menarik..=)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Ping your blog, website, or RSS feed for Free